Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Sunday, January 29, 2012

last update before march..

okay lha kwn2..cuti un dah na abes neyh..
beberapa jam er lagi idop saya akan betukar destinasi..huhu
mane lagi kalau x ke SARJANA terchenta..

err..sbananyer I've no idea..nak tulih pasal per neyh
hhmmm..SPM??this year saya amik SPM??
macm x percaya..tapi tade ape yang mustahil kan??
saya akn pastikan saya akn berusaha sersungguh utk capai kejayaan dlm SPM neyh
tapi,kalau kejayaan yang saya na bkn milik saya,
tape,saya redho..saya terima segala ketentuan -Nya..

lepas ney juga hidup saya akan bnyk berubah...
tade ummi,tade abah,tade adek2..huhu
sumer nyer kne buad sendiri..kne pandai manage masa kalau tanak ketinggalan
so,I have to move on!
I have to change!
tapi,tape,,saya yakin yang Allah sentiasa membantu saya..

my potential is huge.. :D

key r kwn2...mish me best of luck eh..
smoga anda sumer un berjaya dalam hidup anda sumer
1fikrah 1amal ..semoga ukhuwah kita berkekalan :D

mencari cinta suci
mendamba kasih Illahi
<3



Friday, January 27, 2012

artikel mingguan dari I LUV ISLAM.com

kali ney Mahabbah Perjuangan na share tips2 utk belajar pulak..asyek2 cerita psal hal semasa je kan??ari ney kita kembali kpd tujuan asl kita di ats muka bumi ini,menuntut ilmu.. :D


8 Tips Mengelakkan Penangguhan

alt
Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

coretan hati buatmu sahabat

bismilahirrahmanirrahim...
Teman,saat kau berduka,ak sentiasa ad utkmu..utk menemani kesunyian hatimu
jadi,ak pinta padamu..kuatkan lah dirimu utk menghadapi hari2 yang mendatang
mengahadapi ujian mendatang drpd-Nya..
kerana,ak.....sudah jauh drmu...ak tidak lagi sentiasa ad di sampingmu mengusap tangismu
yag aku harapkan adalh dirimu kuat sendiri..hanya blog,fesbuk dan telefon yang menghubngkan kita
walaupun kita jarang2 sahaj berhubung ak harap hubungan kita tidak pudar dek jarak dan waktu..
kau kuatkan lah hati mu dgn ujian ini..
sesungguhnya..ujian hanya dtg pada org yang kuat shj..dan Dia menguji mu adlh kerana Dia menyayangimu..
aku di sini sentiasa mendoakan kebahagiaan mu..TEMAN..

*p/s:ummi kirim salam
pesan ummi : seorang gadis melayu akan sentiasa menjaga tatasusila dan adat ketimuran walaupun dia dlm perjalanan menuju cita2 nya.*

sekian waLlahua'lam   

this post was dedicated to my special friend :
NURFARAH SYAZANA

mencari cinta suci
mendamba kasih Illahi

Thursday, January 26, 2012

wedding of the year family Hj Mat Ali..



actually,wedding ney da lme un blangsung..bru na update.kih3
wedding neyh blangsung pd bulan november 2011.
check it out :D

eh2..jgn tsalah.bkn ney pengantin ny.kih3







sekitar  persiapan  walimah







WALIMATULURUS..

tema colour ungu putih







selamat pengantin baru..












posing2 cket


saje jer posing2


bersama ucu

angah un sebok gak na berposing :D


sepupu sepapat






sekian shj cerita psal wedding of the year pakcik ak Abdul Hadi b.Mat Ali dan isterinya Engku Amaliena
yang kini sama-sama meneruskan pengajian di University al-Azhar,Mesir..
semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..

Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “



mencari cinta suci
mendamba kasih Illahi


Wednesday, January 25, 2012

isu semasa : bila memukul dalam keluarga jadi perkara biasa

sekarang ini,selalu sgt kita dengar..x kesah lha dari radio ker,berita2 tv ker,malah dlm paper skali un slalu sgt mnjadik isu d mane anak memukul ayah,ibu mencaci anak,suami memukul isteri sehingga cdera parah.mula2 dlu mmmg mnjadik isu kes2 mcm neyh.tapi,skang neyh...ney sumer bagaikan da byase,da lali di mate manusia.Manusia,sedarlha,pembentukan institusi keluarga tuh sgt penting kerana,ibarat kata pepatah,home is the first education.so,dr sinilha kita kena membentuk keluarga yang harmoni utk memastikan ank yang dibetuk mengikut acuan yang tepat dan benar.jgn kerana kepincangan rumahtangga menyebabkan masa dpn seorg anak itu terjejas.jadi,sebagai golongan remaja pula,ap pula langkah2 yang perlu kita mabil utk mmbentuk usrah sa'idah??senang shja remaja sekalian.



first skali.sentiasa siapkan diri utk menjadi bakal isteri/suami yang soleh/hah.kerana Allah telah berfirman bahawa..laki2 yang baik itu adalah utk perempuan yang baik.jadi,jika kita mengingin kan pasangan yang baik,mempunyai asas agama yang kukuh,kita juga kena persiapkan diri ke arah itu.





kemudian,jangan lupa utk sentiasa menerapkan diri dgn nilai2 islam dlm percintaan.jika kita mencinta seseorg,sentiasa lha meminta petunjuk dr Yang Maha Berkuasa.sentiasa berdoa supaya kita dlindungi dr melakukan maksiat,dan jika pasti dia milik kita,terus mencapai cinta yang fitrah dalam keadaan barakah.dengan ikatan pernikahan.pilih lha calon mengikut sunnah Rasulullah.pilihlha jalan yang terbaik dlm walimah kerana drpd keberkatan walimah lagy dpt menjamin kemaslahatan bersama dlm menyusuri layaran bahtera rumahtangga bersama.







dan,yang terakhir..berdoalah selalu supaya kita dipertemukan dgn pasangan yang baik,yang dapat bersama-sama kita ke arah mujahadah islam.doa itu senjata org mukmin,dr peringkat umur sekarang lgy kita sepatutnya berdoa supaya kita menjadi yang baik utk dy y baik.insyaAllah doa kita akan diperkenankan, :D
semoga panduan yang saya berikan dpt kita gunakn bersama-sama ke arah kebaikan.coretan ini saya nukilkan ikhlas dr hati dan utk tatapan anda dan juga sbg peringatan utk saya juga sbg insan yang lemah lgy kerdil neyh.sekian waLlahua'lam :D

semoga usrah sa'idah itu milik kita :D

mencari cinta suci
mendamba kasih Illahi  
<3

PAPA!!I LOVE YOU..

jom tengok sesame.sangat best lha!terbaek!huhu.
ok,cerita ney mengisahkan seorang bapa,Bahar yang sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan anaknya Mia..best,banyak unsur kekeluargaan dapat kita erolehi drpd cerita neyh.kalau korg tengok cerita neyh kompem punyer akan menitiskan air mata.sebab saya pun sgt terharu ngan ending dy y sgt BEST!dan,sgt sweet scene Lisa Surihani sbg Elli ngan Bahar..sgt cute..huhu.pape pun,tonton lha,TERBAEK wa ckp lu!huhu.key..slamat menonton :D
mencari cinta suci
mendamba kasih Illahi

Tuesday, January 24, 2012

bersyukur lha..

manusia sering merungut..x cukup tuh,x cukup neyh...kalau boleh sumer mnde nak di kompelin..ape boleh buad,itu lha hakikat nyer manusia..x pernah merasa puas dalam melayari kehidupan sebagai hamba-Nya.Tapi pernah x kita hargai apa yang telah Dia bagi pada kita?nikmat seharian kita bernafas dengan percuma..pernah kah kita??sebagai seorang hamba mensyukuri nikmat Nya??mungkin ade..tapi cuma seketika...seharusnya kita sebagai hambaNya..kena lha sentiasa mensyukuri nikmat yang telah diberikan.Tak payah susah2 cari contoh jauh2..cukup sekadar mensyukuri nikmat kita dikurniakan anggota tubuh badan,cuba kita bandingkan kehidupan kita yang sempurna neyh dengan insan yang kurang fizikal nya..mungkin bukan mudah utk kita menjalani kehidupan spt sekarang kan?
sebenarnya..punyer panjang mukaddimah..nak cerita pasal seorang ibu saudara saya yang sangat saya sayangi..beliau sering mengalami dugaan dalam hidupnya,mula2 dy menghadapi keguguran pada dua tahun lepas.tak lama lepas tuh pulak beliau mengalami kemalangan yang amat dasyat yang meragut satu2 nya anak perempuan nya.dan yang terbaru pula,dy baru melahirkan seorang bayi yang cacat fizikalnya.sumbing..tade lelangit dan dijangka takkan dapat meneruskan kehidupan nya di alam Allah ini.
jadi,masih tidak puaskah kita dengan nikmat yang telah dikurniakan??bersyukurlha wahai penduduk alam sekalian..tepuk dada tanya iman
mencari cinta suci
mendamba kasih Illahi

drpd blog idola sy,FATIMAH SYARHA

Bagaimana mencintai secara high class


Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  
Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. 
Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.
Itu tanda jauhi fitnah.
Itu tanda sebuah mujahadah. 

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

visit her at sebarkanbahagia.blogspot.com
mencari cinta suci 
mendamba kasih Illahi

Monday, January 23, 2012

adek adek ku gen-e



gen-e

selalu nyer saya cerita pasal gen-nine kan??tapi hari ney na twist sket...saya na cerita pasal adek2 kesayagan saya pulak.generasi sebelas (gen-e)
hurm,setahun menjaga diorang neyh,memang banyak kenangan..manis,pahit masam,masin,tawar
semua ada.rase nyer mmg susah nak lupe.
tapi kenangan tuh lha yang membuatkan saya semakin sayang kat dyorang neyh.macam2 pengalaman yang dyorang bagi at saya.mengajar saya erti pengorbanan.erti kesabaran dan erti tanggungjawab yang sebenar



adek2 kesayangan




baru2 neyh b4 cuti raya cina,salah seorang dari ahli gen-e neyh meninggalkan kitorg sumer d sarjana.
itu lha dy Khairul Hanim...saya??mmg sdeyh even dy tuh bukan lha kwn baek saya un.


yang pakai spect uh hanim
yang sebelah uh alya shu




kenapa saya sdeyh??
hanim neyh adalah slh seorg anak buah saya yang banyak memberi kenangan pada saya.
mane x nyer.mmg bnyk dugaan dy bg at sye.sye kne mrh un sbab dy arh,
saya kne sound un sbab dy arh
and paling gempak sekali..saya kne simbah air sebaldi..
pun sebab dy
tapi pape un dy jugak lha yang mengajar saya erti tanggungjwab yang sebenar
dy lha yang menjadik penyeri usrah saya 
hanim,akak minx maap yer kalau sepanjang akak jage hanim neyh,
akak x dpt jdik yang terbaek.

semoga ukhuwah korg berkekalan 
walau jauh di mata dekat di haty 
sayang korg sgt!

mencari cinta suci
mendamba kasih Illahi

Sunday, January 22, 2012

cerita ceriti mingguan

cerita nya bermula pada awal minggu neyh,saya dan rakan2 pejuangan sgt2 tekejut bila 
kami tahu yang slh seorg dr kwn kami membongkarkan kisah yang sebenarnya.
ceritanya pasal kawan kami yang selalu bermegah2 dengan kemewahan familynya 
yang sentiasa bercerita kpd kami ttg perihal keluarganyaa yang kononnya mempunyai saham berjuta2 di paris,manchester dan segala bagai negara lagi..
kami sebagai kawan mmg percayakan cerita2 dy tuh even sbnanyer kalau dga cerita tuh mmg mcm x msuk di akal
sutau hari,'dy' kumpulkan kami disatu tempat dan dy buta pengakuan yang segala bnda yang dy cerita selama neyh adalha pembohongan semata-mata dan dilakukan adlah utk menarik minat kami utk berkawan dgn nya.
dy igt akmi pandang ker pada harta benda??no!
kami berkawan ats dasar persahabatn dan bukannya pada pngkat harta mahupun rupa.
dan,ats apa yang berlaku,kami...mensaihatkan dy supaya bertaubat..
dan,kami nak dy tahu yang kami bukan yer berkawan ngan seseorang ats dasar harta nya,kami x pandang un sumer tuh.dan ats ap yang terjadi,kami memulaukan dy.hanya utk mmberi pengajaran ats ap yang dilakukan.
tapi,dah name pun kawan kan,kami un x tergamak na biar dy idop sesorang,kami layan jer lha dy mcam byase.cumenya..kami susah sket lha nak bg kepercayaan tuh lgy at dy.kami tahu,kami x layak na menghukum...kami sedar,tapi kami cuma nak dy sedar shj.

dan , x lupe gak na cerita,saya..da ade sorg adek agkt.
yang pertama dlm idop saya.huhu.mmg berniat utk amek adek agkat pd tahun last un.
sesaje na tmbh aset.nyway,saya tahu tanggungjawab saya ble saya da amek adek angkat neyh
saya kne lha tnjukkan contoh yang bek pd nye.and also sentisa membimbing nyer ke arah kebaikan.

and,for this week ade merentas desa..wuh,penat kod trek baru yang t'sangat lha panjangnya..
huh,sampai cramp kod kaki neyh.
second day pulak cross country dlm ujan ..mmg lha basah abes..
smpai demam2 den huhu.
pastuh muntah2 pulak.igt an sebab simptom demam..
rupenyer sebab food poisoning..bila ditanya2 kat org len,
ramai gak bebudak len yang saket perot muntah2 ..
so,pergi lha klinik..
ble di invistigate,,rupenyer kami neyh kne food poisoning...
penat kod muntah2,,ini lha ujian-Mu ya Allah..

then,td ummi cerita psal seorg kwn ak merangkap murid ummi..
accident tyme dy on the way na ke sekola.
koma msok hospital..innnalillahiwainnailaihirojiun..
semoga dy cepat sembuh.

tuh sje lha cerita ceriti saya minggu neyh..na layan cerita 
PAPA I LOVE YOU pulak
nanti saya ceitakan yer cerita tuh..
assalamualaikum
mencari cinta suci
mendamba kasih Illahi

Friday, January 20, 2012

artikle mingguan dari I LUV ISLAM.com

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

alt
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..