Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Thursday, February 28, 2013

Aima dan Mr . kopiah

aima aima aima , saja bikin wa panas . tengah syok layan cerita kuliah cinta kat youtube , tiba tiba dapat mesej daripada aima . jumpa mr.kopiah katanya . haih , tak boleh jadi ni . mereke sama sama ambik lesen . aduih , aima ni . buat aku rasa nak ambik lesen sekarang . mana boleh dia sama dengan mr.kopiah ku . hoho . aima  , ko tunggu ye . haha . adui . mr . kopiah . lu bikin wa panas ja . haha . aduih merepek sudah . haha . okay . tu je cerita harini . tetiba rasa nak pegi amik lesen harini jugak . aimaaa ! kirim salam kat mr.kopiah ku tu . ko jangan ngorat dia pulak . haha

credit to : Aida Mardhiah
               terimakasih sebab buat ak jeles ye :D

Wednesday, February 27, 2013

saya taknak bergaduh dengan anda

perlukah ? tetibe IM ak semata mata nak cari gadoh . adui . cukup cukup laa . malas la nak gadoh . ak ingat duduk rumah buleh la berdamai ngan semua orang . ade jugak orang melancarkan peperangan kat aku ? dia ingat ak nii apa ? gaduh sebab benda yang tak sepatutnya  . haih . malas laa fikir pasal dia . lantak la dia . kalau nak berdebat sangat cakap . ak on je . jangan main serang pastu terus blah camtu je . ingat ak kecut ke dengan dia ? sikit ponn tak laa . haih . cakap elok elok tak boleh ke ? daripada elok elok kawan terus jadik musuh karang . ak cakap sekali lagi , ak taknak gaduh . taknak taknak taknak . okayy . kalau memang salah ak , ak mintak maaf laa . tapi , ak rasa kau yang salah tiba tiba serang orang . lantak laa . ak dah pon mintak maaf . biaq pi la kat dia nak maafkan ke tak . adui . daripada ak fikir pasal dia baik lah ak pergi layan dua orang tuan kecik kat rumah ni . maaf sekali lagi , nak pergi masak ni . karang sebab marah sangat habis rentung ikan kat dapur tu kang .

salam damai
anis fatihah duyamin

ceramah UAI di kg gajah

berjalan kaki dari rumah ke stadium di malam hari memang tak pernah dibuat . memang pengalaman yang sangat berharga . seronok merentasi pelbagai dugaan semata mata nak dengar ceramah dari pendakwah kesayangan ramai iaitu al fadhil Ustaz Azhar Idrus . semangat walaupun hujan . heret jugak kaki ni dalam berpayung ke stadium . dengan bawak tikar di tangan . memang semangat . hujan lebat pun takde masalah . yang penting duduk dan dengar . memang bermanfaat ceramah ustaz malam tu . such a beautiful memory sebab dapat jumpa ramai orang . especially kawan kawan STAM dari SARJANA . berdrama di tengah jalan dengan mereka . macam kg gajah tu kami yang punya . memang seronok . kalau boleh nak jerit satu dunia yang...

AKU RINDU KORANG AKU RINDU KORANG AKU RINDU KORANG AKU RINDU KORANG AKU RINDU KORANG

tapi apa boleh buat . masing masing kena teruskan hidup . aku tetap kena balik rumah . masih banyak tugasan perlu diselesaikan . mereka tetap kena pulang ke sekolah . teruskan perjuangan . takpe kawan kawan . apa pun yang terjadi korang tetap sahabat ak sampai ke syurga . insyaAllah . ameen . 

satu lagi kenangan yang takkan dapat dilupakan . bersama kawan baik saya yang dari kecik bersama saya . okay , penghargaan untuk beliau kerana sudi bersama dengan saya walau apa pun yang terjadi dari kami berusia 8 tahun hingga sekarang . saya sangat seronok bersama beliau malam itu . kami duduk bersama , di atas tikar , berdua di bawah payung . kongsi segala galanya malam itu . memang kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan . mizah , you're my ever best buddy . big hand for her please . hehe

erm , and satu yang sangat tak diduga . terserempak dengan D.I.A . yes dia . huh , memang rasa nak luruh jantung waktu terserempak tu . sudah lama cuba melupakan . but now , dia muncul kembali di depan mata . haiyoh . wahai mr.kopiah , kenapa anda muncul balik ? susah sangat tau nak lupakan anda . and now , anda muncul kembali dalam hidup saya ? why ? alahh , emotional lebih , padahal , dia bukan muncul lama pun , sekejap je . dah anis . you can foget him . yang paling tak tahan tu . jumpa dia dalam keadaan aku berpayung ngan mizah , and dia ngan kawan dia . aduh . i cant explain macam mana reaksi ak masa tu . yang ak boleh cakap , ak sangat teruja + tekejut . aduh . tak salah ak  , malam tu . kita bertentangan mata cukup lama . oh my gadd . kenapa ak pandang dia ? sumpah malu malu malu .... shittt . malu gila 

takpelah . ade jodoh tak kemana . insyaAllah . ak sentiasa doa untuk ditemukan dengan dia . waLlahua'alam . Dia lebih tahu jodoh manusia . 

salam sayang <3
anis fatihah duyamin    

Sunday, February 24, 2013

entry yang takde tajuk

Assalamualaikum and Hai ,

sedar tak sedar dah pun lebih sebulan anis duduk kat rumah akibat tidak dapat menyambung pengajian STAM . and sekarang ni , alhamduliLlah , anis dah boleh terima segalanya dengan hati terbuka . pasal usaha , bukan anis tak usaha . macam macam anis buat untuk sambung pengajian STAM , anis mintak sekolah tu sekolah ni , semua full . nampaknya memang takde rezeki kowt anis nak sambung STAM

baru anis sedar , kita merancang , Allah merancang dan Dia sebaik baik perancang . yelah , sebelum ni , anis memang dah tekadkan hati nk masuk STAM .even time anis darjah 6 lagi anis buat keputusan nak masuk sekolah SARJANA sebab nak ambil STAM , nak pergi mesir , turut jejak makcik dan pakcik anis . semua anis dah atur elok , sampai lah anis form5 , and memang tak sangka langsung anis tak dapat nak sambung STAM
kalau ikutkan dulu , anis taknak beli pun no pin UPU  , sebab nak terus ambik STAM sampai hujung tahun . and anis memang tak pernah terfikir pun nak masuk u seawal ni , sebab anis memang jangka nak masuk STAM .

tapi , kita semua tahu kan , Dia sebaik baik perancang . mungkin ade rezeki yang lebih baik untuk anis di luar sana kan . anis redha . anis tahu , Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hamba-Nya .

and now , anis pun dah isi borang UPU . alhamdulillah urusan dipermudahkan . hmm , doakan anis dapat sambung pengajian ke universiti seperti yang diidamkan semua orang kan .
anis pilih Asasai Pengajian Islam dan Sains di UM , Asasi Perubatan di UIAM , Tamhidi Syariah dan Undang Undang di USIM , dan , Diploma Fisioterapi di UNISZA

mula mula confuse jugak nak tetapkan hati nak isi borang ni , tapi alhamdulillah , Allah ilham kan anis pilihan yang macam ni , insyAllah , doakan anis

Thursday, February 7, 2013

saya yang tenggelam :,)

Assalamualaikum , tak jawab dosa , kalau jawab sayang <3
cewahh , gaya maria elena pulakk :) hehe
okay3 , sekarang nk mitak maaf laa sebab dah lame tak update yaa , actually , tk tw nk update ape , sebab saya terperuk jee dalam rumah so , memang tk mengambil tahu perkembangan semasa .
eh , nk tw tak , now , anis dh ade twitter :))
silakan follow yaa @anonymousBear95

okay , merujuk pada tajuk laa kan , saya yg tenggelam , apelaa yg tenggelam kan ? sebenarnya , nk cerita pasal anis sejak kebelakangan nii , terlalu tenggelam dalam dunia rekaan cik evelyn rose , penulis novel . cerita nye , memang , superb best ! korang kena try bace key ! :p
kalau nk mudah you may baca jee online at www.fairytalesfromevelyn.blogspot.com

here is it :)