Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Thursday, May 30, 2013

19th anniversary

Assalamualaikum and Hi .

wahh , rindu nye nak berblog . rindu rindu rindu .

semalam 29th May 2013 genaplah 19 tahun usia perkhawinan umi dan abah tersayang . tahniah tahniah . bukan senang nak kekal dalam perkhawinan selama 19 tahun , dan alhamdulillah keluarga kami masih bahagia dan semakin bahagia sehari ke sehari . semoga kekal ke jannah hendaknya ameen :)




semalam juga kami sekeluarga bertolak pulang ke kampung . alhamdulillah selamat sampai ke kelantan . saja je sumbat sepuluh orang dalam kereta abah . kasi meriah sikit baru lah feel balik kampung tu terasa .








nampak tak ke-mampat-an nye kat situ ?

semalam jugak tak sempat singgah rumah mek dulu terus semangat pergi tengok rumah baru . waa excited . cantik rumah , umi suka abah bahagia . mana tak suka bahagia , rumah ni hundred percent ilham dan designed sendiri by abah dan umi , kira macam rumah impian mereka la . tapi di ubah sikit la berdasarkan bajet dan kesesuaian . maklumla kami bukan banyak duit sangat . nak buat mahligai tak dapat la . kami adik beradik tumpang happy . kira siap nye rumah kami ni macam hadiah jugak buat umi dan abah . ehh rasa nya terbalik hadiah umi abah buat kami adik beradik :D

kami ber*gwiyomi*

rumah kami front view

bilik alia

bilik utama

bilik saya !

bilik aifa

bilik azma

bilik bilik yang lain tu masih dalam proses mengecat . sikit lagi je nak siapkan sepenuhnya . insyaAllah raya ni kami beraya dengan rumah baru , ameen :)

ni sikit gelagat kami dalam rumah baru . *terujaaa !

sorang mata terlebih besar sorang lagi mata nak tertutup

candid !

sweet :3

sisterhood :')

ehhh ? macam mana ni ? ehe

saya kakak dia adik


tu je kot cerita saya , semoga berjumpa lagi :)

salam sayang
cik Anis <3




Tuesday, May 7, 2013

Suatu ketika

Assalamualaikum and Hi :)

fuh fuh fuh *tiup habuk kat blog ni* lama tak update sampai berhabuk dah . takde masa sangat nak update blog . busy sikit kebelakangan ni . busy dengan preparation untuk masuk ke form6 . shopping barang sekolah . shopping barang asrama . tak sabar nak masuk sekolah baru .

sepanjang minggu ni mengahabiskan masa dengan Kak Ton dan Mak Jenab dengan kelas memasak kami . macam macam resipi kami cuba . so far semua yang kami cuba tu menjadi la . takde lagi yang tak menjadi . >.<

resipi first yang kitorang cuba masak adalah : cheesecake yang dicopy edit dan paste dari sini . kitorang try pakai biskut oreo . jadi lah jugak cumanya Anis rasa kena pakai lebih sikit oreo tu sebab oreo kitorg macam nipis dan rapuh so , kek tu jadi macam nipis la .

ni lah jadinye bila dah siap masak





bila dah dipotong :'(


kitorang try jugak buat puding karamel yang dicuri resipi nye dari sini tapi gambar takde laa , tak boleh tunjuk gambar sebab cantik sangat puding nye hoho :O

hari kedua memasak kitorang try buat tomyam . nih tomyam main campak je tapi ikut jugak resipi dari youtube . ni sedap wa cakap lu . hoho . nanti boleh try masak lagi lain kali .

haa tengok ada terancam ? 








and baru tadi kami buat Nasi Ayam . Nasi Ayam ni takde ikut resipi mana mana pun just ikut resipi yang umi ajar pada Anis je . boleh tahan jugak rasanya . Kak Ton kata boleh bukak restoran dah ni haha . Yop yang tengah kenyang pun sanggup habiskan kira sedap la tu kan ? amin dapat nasi trus senyap tak terkata apa . confirm sedap kann .

amacam ada meleleh ayaq lioq dakk ?















tak kisah lah sedap ke tak sedap yang penting kami masak kami makan haha . dear Kak ton and Mak jemah , best sangat spent time dengan korang berdua . banyak benda sembang . entah bila lagi boleh lepak macam ni kan . really enjoy la dengan korang . hope akan ada lagi suatu masa kita boleh lepak lepak sambil masak masak macam ni lagi :') Anis seru kepada Nana sila jealous dan balik cepat ke Kampung Gajah supaya boleh join kitorang hehe


esok Anis dah nak start sekolah so tak tahu lah bila pulak boleh update BLM lagi , mesti rindu nanti nak update semua cerita ceriti . rindu nak dengar lagu Lenka dan The Ramlee's .

so , apa apa pun kita jumpa lagi , doakan Anis berjaya capai cita kat sana . :)

salam sayang
Anis :)