Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Sunday, June 23, 2013

Masa Depanku

Assalamualaikum and Hi all there :)

wah wah wah , lama rasanya tak menulis kat blog ni . busy la lately . ramai yang tanya how's my life at Semarak ? hurm , for me , Semarak is okay . sangat sangat okay . takde yang kurang .

kat sana Anis ada kawan kawan yang sentiasa membantu masa susah dan senang . kawan kawan yang sekepala . Yang macam macam perangai ada . Sentiasa bagi Anis sokongan bila Anis perlukan . There are Fae , Atun , Wani kawaii , Pipah , Fanny , Sue , Putut , Aten , Awie , Yana , Fairuz , Ayu , Rina , Dayah and also not to forget Ieykin yang now dah sambung diploma pendidikan awal kanak kanak at UPSI . Mimi , Emma , Hazwani kat KISAS . Julia , Datul and Umie at Penang .




Mungkin yang susah sikit study . Kena struggle habisan sebab I choose science stream . Yelah benda susah kena usaha lebih . Orang putih kata , No pain No gain kannn ? so kena la berkorban dulu buat masa sekarang ni . Orang melayu kata , berakit rakit ke hulu berenang renang ke tepian . bersakit sakit dahulu bersenang senang kemudian .

Sedih jugak tengok ramai kawan kawan yang pergi tinggalkan kami . Yelah siapa je pun yang sanggup nak stay form6 . Orang orang yang berjiwa kental macam kami je boleh stay form6 ni . Nak buat macam mana kan , rezeki masing masing . Mungkin ada sebab kenapa Dia hantar Anis ke sini dan tutu terus hati Anis dari terima tawaran lain .

For now , budak budak sains kat sekolah tu maybe akan tinggal 3-4 orang je after 26th June nanti sebab ramai yang nak tukar stream . Kalau kelas Biology memang tinggal 3 orang perempuan . Anis , Awie , Wanie kawaii . tapi , Wani tak sure lagi nak stay or not sebab dia dapat offer TESSL kptm KL . Kelas Fizik pulak memang tinggal sorang je . boy . I could not remember his name but I used to  call him Jibam . hurm , tinggal Jibam sorang je la .












Tambah pening bila Umi Abah keep asking nak tukar aliran agama or not . Kalau ikut hati memang tak nak tukar . tapi , Umi Abah asyik tanya ja . maca diorang mengharap je . Semalam lepas sembang sembang dengan umi , macam ni umi kata :

"umi tak kisah mana satu pilihan ayong . tu masa depan ayong . cuma umi takut ayong tak boleh bawak . kalau ayong betul betul nak stay dalam bidang sains , ayong kena usaha lebih . belajar dari kegagalan SPM . ayong kena berubah mula dari sekarang . belajar macam orang nak berjaya bukan macam orang nak gagal . buktikan ada semua orang yang science stream bukan sesuatu yang mustahil "

well , memang rasa nak nangis masa umi cakap macam tu . betul la tu . everyone keep saying same words to me when I tell them I in  scince stream : "tak takut ke amik kelas sains" "kelas sains susah woo"  baik ubah selagi masih ada masa "  " jangan perjudikan masa depan dengan amik kelas sains "  diorang tak fikir ke yang kata kata macam tu boleh jatuh kan semangat orang ?

and , Umi tetap the one yang sentiasa faham isi hati ni . sentiasa bagi sokongan dan kata kata semangat untuk anak nya ini . thank you so much umi . mungkin bonding yang kuat antara seorang ibu dan anak nya membuatkan umi sentiasa memahami Anis .  Ayong janji akan belajar elok elok . kejar cita , nanti ayong dah kerja ayong nak belikan umi baju raya sama kaler macam yang kita pilih haritu . Ayong sayang umi !






so now , going back to Semarak and prepare my self to study harder . capai cita cita . balas jasa umi abah . Jangan leka . Kembali pada 6BA , Kamar 2 Bahagia yang sentiasa ceria dengan adik adik tersayang . Doakan saya di sana . Moga bertemu lagi :)

Biology , Chemistry , Math T , Pengajian Am , MUET , here I come !

semangat ingin berjaya 
:)) 
Anis Fatihah



Friday, June 7, 2013

Layar keinsafan





   Sepi benar senja ini
Bayunya semilir menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang 
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Baru kan terdetik pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri 
Ku tewas di lautan

Tuhan ...
Layarkan ku ke arah cinta-Mu
Tuntuni ku menggapai redha-Mu
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh
Kepada-Mu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi 
Tulus tangis ku kala dinihari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini 
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora 
Untukku berlayar


muhasabbah diri :')

Saturday, June 1, 2013

Jauh perjalanan luas pengalaman

Assalamualaikum and Hai :)

Alhamdulillah harini dapat satu pengalaman yang berbentuk ujian dari-Nya . Ternyata Dia masih sayangkan aku lantas memberikan aku sedikit ujian untuk mendekat kan aku pada-Nya .

Pagi tadi bangun je dari tidur umi suruh bersiap . Mintak Anis dan adik teman kan umi nak shopping di bandar Paser Puteh . So lepas breakfast terus siap siap cantik cantik semangat nak teman umi pergi shopping . Lagi seronok sebab tak bawak budak budak kecik lain . Semua yang pergi harini semua nya golongan dewasa dewasa je. *cehh dewasa kononn*

Bertolak dari rumah mek lebih kurang pukul 11 . Kami pergi berlima Ateh driver , Ucu , Umi , Anis dan Angoh . Mula mula plan nak pergi Paser Puteh je . Lepas isi minyak , tengok minyak full tank terus tukar plan nak ke Kota Bharu . waa , excited nak pergi Kota Bharu .

Alang alang dah samai Kota Bharu , terus cari Jakel nak beli kain baju raya . So , singgah la Jakel Kubang Kerian . Umi pun call abah tanye nak warna apa baju raya tahun ni . Abah kata nak warna hijau . Pilih punya pilih , belilah untuk satu family kaler hijau . Bukan setakat untuk family kitorang je , untuk Mek , Ayah , Ucu dan Ateh pun kitorang beli sekali .

Lepas beli kain dalam pukul dua lebih , kami pergi Mydin berdekatan dengan Jakel tu . Nak solat dan makan . Sambil cari barang barang dapur . Before pergi Mydin , Ateh dengan pergi simpan beg beg baju raya dalam kereta . Selesai makan solat beli barang dapur sikit , kami pun nak pergi hantar barang ke kereta . Memandangkan barang banyak then kereta pulak jauh park nya kitorang suruh la Ateh pergi ambik kereta bawak ke depan Mydin .

Sementara tunggu Ateh ambik kereta , Umi ajak Anis dan Angoh pergi ke Hari-Hari nak belikan budak budak baju sepasang sorang . Masa tengah belek belek baju kat Hari-Hari , tiba tiba Ucu call Umi . Pelik jugak sebab masa tengah cakap dengan fon tu muka Umi bukan main terkejut nya . Lepastu terus Umi ajak keluar kedai .

Anis blur lagi masa tu . Tanya lah Umi

Anis : Umi , kenapa ni ? 
Umi : kereta hilang
Anis : hah ? kereta hilang ??????

Sudahnya kami pulang ke rumah mek naik teksi . Berhimpit lah dalam teksi tu lima orang . Shock gila kereta hilang . Tak pernah lagi alami kejadian macam ni . Syukur Alhamdulillah kami selamat . Masa mula mula dengar kereta hilang  tu menangis Anis . Angah pulak menggigil tak berhenti henti . Yelah mana pernah kitorang alami benda benda macam ni . Dengan kereta dengan baju raya semua lesap . Mungkin takde rezeki kami kot .

Just wondering , mungkin macam ni lah perasaan orang lain yang ditimpa musibah . Yelah before this just baca kat paper je pasal orang hilang kereta , kena rompak , hilang anak . Now , kita pulak merasa . Selama ni tak pernah ambik kisah pun perasaan orang yang jadi mangsa keadaan , now kita merasa .

"Allah takkan menguji hamba-Nya melainkan atas kemampuan hamba hamba-Nya"

Semoga Allah beri hidayah pada pencuri tu . Ameen ..

salam sedih
cik Anis