Assalamualaikum and Hey there world :)
Selamat bercuti semua :) Macam biasa laa kami sekeluarga, bila cuti je balik kampung. Tapi takpe, tak kisah. Tak pernah nak jemu pun. Sebab masa ni je lah pun nak spent time dengan family besar. Buat makan makan sekali sekala. Seronok gather dengan adik beradik, sepupu sepapat, pakcik makcik, atuk nenek, onyang moyang. Amboi, kalau boleh satu keturunan nak sebut. Huhu.
Tade benda pun nak membebel panjang rasanya. Mungkin sebab hati tengah bunga bunga. Hehe. Nak share gambar je. Check it out. :D
Ni masa on the way balik kampung. Masa tu anniversary umi abah yang ke 20. Waaa, tu yang sesaje singgah Cameron Highland. Nak sambut laa konon. Hehe.
Pastu pegi tengok rumah yang masih dalam pembinaan. Masalah dengan kontraktor. Lama dah tunggu tak siap siap. Now dah siap, tunggu masa je nak duduk. Tunggu umi abah boleh pindah, kami sekeluarga duduk sini laa. Tapi tak tahu laa tahun bila. Susah nak mohon tukar balik Kelantan. So, rumah ni, jadi tempat persinggahan je laa dulu. Huhu.
|
Rumah kami |
|
dia tengah praktis jadi penyambut tetamu |
|
angah and alia |
|
kay kami tahu kami sweet haha. |
|
umi pun nak interframe. |
|
Anis and Alia |
|
Azma suka spoil gambar -_- |
|
anak anak dara abah hehe |
|
Pasangan bahagia |
|
cuba cari mana aku? |
|
Say Hi to this little cute girl, zafirah :) |
|
bakar ayam |
And, ni masa ada family day kat Batu Buruk Beach Resort, Terengganu.
|
ini dia |
|
ini aku |
Before balik tuu, abah ajak lepak waterfront. Katenye, nak imbau nostalgia zaman belajar kat Kusza dulu. Now, dah jadi Unisza tempat tu. Dulu dulu abah sekolah menengah kat situ laa sebelum tempat tu jadi Universiti.
|
aku yang poyo bajet diva. hahaha |
Aku rasa betul laa, camera 360 ni memang penipu. Muka aku yang teruk sunburn, bila masuk camera 360 terus putih licin berseri. Ecewah. Padahal aku rasa macam dayang senandung dah aku ni. Haha. So, kepada makcik makcik yang sedang tercari cari produk kecantikan kat luar sana tu, saya syorkan, anda miliki lah camera 360 ni segera. Memang berkesan, kulit putih halus mulus licin berseri serta merta. Tiada kesan sampingan dan tidak memerlukan ongkos yang banyak. Hihihi.
Duduk kat Kelantan ni memang rosak laa program diet apa semua. Sibuk cari makan je. Semua benda nak makan. Dapur pulak tak pernah nak kosong. Ada je makanan. Jadi, jangan tak kenal aku pulak lepas cuti ni. Kut laa makin kembung ke kann. Hehe.
p/s : janji pun dah dimetrai. Harap terlaksana. Jangan ada yang memungkiri. Doa yang terbaik. Moga diredhai. Namamu namaku mohon dikurangkan seru. Berserulah pada yang satu mhon ada restu. :)
Sekian wassalam.
Salam pantai timur,
Anis Fatihah.