semoga hari anda ceria bersama senyuman :)
hm,tadi,khaulah tengah boring boring tuh,bukak lah account facebook sekejap (cewahh sekejap lh sgt kn)
boring tak tahu nak buat apa,chating dengan kawan hati kering tuh pun buat sakit hati jer,hehe(jgn mrh boss)
then,belek belek lah status orang kat news feed,alah,macam korang tak pernah buat kan?haha,then nak dijadikan cerita,kahulah terbaca satu status yang di post oleh salah seorang friend khaulah
okay,status nya berbunyi begini :
Semakin hari semakin banyak orang berdakwah dan melalui Facebook,daripada gambar-gambar perempuan bebas untuk dilihat kini banyak daripada mereka telah memprivatekan gambar tersebut hanya untuk tontonan orang orang tertentu sahaja,satu tepukan untuk kalian. Lelaki? Tak perlu rasanya sebab jarang benar perempuan intai Facebook lelaki.
Sebelum khaulah cerita tentang Profil Picture khaulah,khaulah ingin berkongsi satu nasihat buat kawan kawan semua. Ketahuilah,jika data peribadi dimasukkan terlampau lengkap di Facebook seperti tarikh lahir,no telefon,alamat rumah dan nama penuh,penjenayah mampu membuat kad kredit atas nama anda dan dia mampu menggunakannya walaupun sebulan,berhati-hati.
Balik pada isu gambar. Alhamdulillah,ramai sudah privasikan gambar mereka daripada senang-senang dilihat oleh lelaki ajnabi dengan tidak meletak gambar sendiri. Ya,kalau motif anda guna Facebook untuk berhubung dengan kenalan-kenalan lama, masih perlukah mempamerkan gambar,bukankah mereka sudah kenal anda dengan wajah anda?
Namun baru-baru ini kelihatan budaya meletak gambar artis sebagai profil picture kian menjadi-jadi. Apa yang merunsing dan menyakitkan hati khaulah,banyak gambar artis-artis korea yang tidak menutup aurat dijadikan profil picture. Bukan kerana khaulah cemburu,lansung tak. cuba renungkan bersama,apakah hukum menonton filem lucah?
Haram?
Ya,menonton filem lucah adalah haram,bagaimana pula dengan mempertontonkan filem lucah kepada orang ramai? Hukumnya sama,haram bahkan lagi ramai orang tengok, lagi banyak dosa yang kita dapat.Walaupun bukan kita yang berlakon mendedahkan tubuh dalam file tersebut, tapi mempamerkan aurat orang lain kepada orang lain adalah haram di sisi Islam. Jadi apakah hukum menjadikan gambar-gambar artis korea yang tidak bertudung sebagai profil picture?
Walaupun mereka bukan Islam?
Ya,walaupun mereka bukan Islam,aurat tetap aurat jadinya mendedahkan aurat mereka kepada orang ramai juga adalah dosa cuma bezanya bentuk dosa itu. Katakan dosa mendedahkan aurat berbentuk kambing,dosa mendedahkan aurat orang lain berbentuk gajah. Dua-dua adalah dosa dan kambing atau gajah,dua-dua ke neraka sebelum masuk ke syurga.
Lelaki boleh?
Lelaki atau perempuan,sama hukumnya,Islam bukan agama berat sebelah,yang salah tetap salah. Ayuh berubah,masih tidak terlambat,Allah belum tarik nyawa kita,buangkan segala gambar yang mendedahkan aurat,tak kisahlah aurat kita,aurat kawan kita atau aurat idol kesukaan kita. Jangan jadikannya dosa berantai. Kita kan nak masuk syurga tanpa hisab,kan? ^^
nih diaa special dr ustaz don danial |
1 comment:
Memuat naik gambar yang mendedahkan aurat tidaklah ditegah kerana apa yang terpapar pada laman maya adalah sesuatu yang diserupakan seperti aurat pada anggota jasad, bukan aurat yang sebenar-benarnya seperti yang ada pada anggota jasad. Fuqaha' mazhab asy-Syafi'i dan Hanafi menyatakan bahawa tidak haram melihat aurat pada pantulan air dan cermin kerana ia adalah sesuatu yang diserupakan seperti aurat, bukan yang sebenarnya. Begitu juga dengan hal ini kerana ia mengandungi intipati yang sama. Jika melihat aurat tidak haram, maka memuat naik juga tidaklah diharamkan.
Saya telah perincikan hal ini di sini : http://yukioharuaki.strikingly.com/blog/hukum-melihat-aurat-yang-bukan-hakiki
Kesimpulannya, menyatakan bahawa meletak gambar yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram merupakan kesilapan yang fatal dan tidak didasari oleh mana-mana hujah ilmu.
Post a Comment