Assalamualaikum and Hai ,
sedar tak sedar dah pun lebih sebulan anis duduk kat rumah akibat tidak dapat menyambung pengajian STAM . and sekarang ni , alhamduliLlah , anis dah boleh terima segalanya dengan hati terbuka . pasal usaha , bukan anis tak usaha . macam macam anis buat untuk sambung pengajian STAM , anis mintak sekolah tu sekolah ni , semua full . nampaknya memang takde rezeki kowt anis nak sambung STAM
baru anis sedar , kita merancang , Allah merancang dan Dia sebaik baik perancang . yelah , sebelum ni , anis memang dah tekadkan hati nk masuk STAM .even time anis darjah 6 lagi anis buat keputusan nak masuk sekolah SARJANA sebab nak ambil STAM , nak pergi mesir , turut jejak makcik dan pakcik anis . semua anis dah atur elok , sampai lah anis form5 , and memang tak sangka langsung anis tak dapat nak sambung STAM
kalau ikutkan dulu , anis taknak beli pun no pin UPU , sebab nak terus ambik STAM sampai hujung tahun . and anis memang tak pernah terfikir pun nak masuk u seawal ni , sebab anis memang jangka nak masuk STAM .
tapi , kita semua tahu kan , Dia sebaik baik perancang . mungkin ade rezeki yang lebih baik untuk anis di luar sana kan . anis redha . anis tahu , Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hamba-Nya .
and now , anis pun dah isi borang UPU . alhamdulillah urusan dipermudahkan . hmm , doakan anis dapat sambung pengajian ke universiti seperti yang diidamkan semua orang kan .
anis pilih Asasai Pengajian Islam dan Sains di UM , Asasi Perubatan di UIAM , Tamhidi Syariah dan Undang Undang di USIM , dan , Diploma Fisioterapi di UNISZA
mula mula confuse jugak nak tetapkan hati nak isi borang ni , tapi alhamdulillah , Allah ilham kan anis pilihan yang macam ni , insyAllah , doakan anis
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
No comments:
Post a Comment