Assalamualaikum , Hai Hai and Hai :)
puding karamel ? sedap kan ? siapa suka puding karamel ? angkat tangan . cik Anis suka sangat puding karamel ni . and for this special entri , cik Anis nak cerita lah sikit macam mana cik Anis buat sendiri puding karamel ni .
nilah kerja cik Anis bila boring boring duduk kat rumah . macam macam resipi dah cik Anis cuba . kita tengok cik Anis buat puding karamel jadi ke tak ? haha
for those yang nak cuba , boleh follow these step . bagi cik Anis mudah lah nak di ikut . senang dan cepat . tapi , mula mula buat tu memang tergagau gagau gak nak cari itu ini . hehe
What we need ?
- gula
- air
- telur 5 biji
- susu UHT full cream (250 ml)
Step by Step
puding yang dah siap kukus |
- masukkan 5 sudu gula dalam kuali berserta dengan 2 sudu air
- dengan api sederhana , kacau sampai gula turn into brownish . *lama jugak nak tunggu , so sabar ye* keep on stirring . jangan berhenti .
- tambah kan sedikit air ke dalam kuali *masa ni bahaya sikit sebab gula meletup meletup , watch out*
- gula perang dalam kuali tulah karamel yang kita nak gunakan . secepat mungkin masukkan karamel dalam mangkuk . *kalau lambat , nanti karamel tu beku*
- biarkan karamel tu dalam mangkuk dulu . sambil tu , masukkan 3 biji telur ke dalam mangkuk lain .
- baki lagi 2 biji telur tu , ambik yang kuning saja . then , masukkan 5 sudu gula .
- kacau , tapi , jangan pukul . kita bukan nak buat kek :)
- panaskan susu UHT full cream dalam periuk dengan api sederhana .
- kacau jangan sampai susu mendidih .
- tutup api , dan masukkan telur yang dikacau bersama gula tadi .
- kacau sampai sebati . jangan berhenti ! jangan lama sangat .
- masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk yang berisi karamel kita tadi . masukkan dengan penapis taw !
- kukus dengan api sederhana selama sejam lebih kurang .
- keluarkan puding dari kukusan lepas dah confirm masak .
- terbalikkan mangkuk kat atas pinggan display . bismiLlah :)
- simpan dalam fridge . lepastu , siap untuk dimakan :)
sambil tunggu puding masak , kita makan dulu :) |
Here we go ! cantik kan ? hehe *bangga ni*
siap ! pandai jugak cik Anis masak :) |
kalau tak faham sangat apa yang cik Anis cuba sampaikan ni , maybe boleh tengok video ni :
No comments:
Post a Comment