Alhamdulillah, sedar tak sedar dah berlalu setahun pun. Macam macam yang dah terjadi dalam hidup. Ada yang manis dan ada juga yang pahit. Yang pastinya, segala yang berlaku tu dah pun ditakdirkan oleh-Nya. Either to live well or to live hell, YOU choose :) .
Hijrah, semua orang ada maksud sendiri bagi menentukan konsep hijrah mereka. Bagi aku, cukup meletakkan "berubah ke arah kebaikan" sebagai penentu aras hijrah aku. Tapi sejauh mana aku berusaha untuk mencapai hijrah aku?
Bukan susah nak berubah. dan aku tak cakap senang. Semua orang ada cara masing masing untuk berubah. Ada orang yang berubah disebabkan orang tersayang, ada yang berubah sebab insaf dari pengalaman silam dan ada juga yang memang dikirim hidayah secara terus dari Allah.
Bersyukurlah kerana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk terus berubah dan berubah untuk mencari redha-Nya.Ya, banyak kali aku ulang tapi aku nak sebut lagi, mencari redha Allah adalah matlamat kita.
Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat juga mengalami pelbagai dugaan dan cabaran sebelum mereka berhijrah. Juga semasa mereka berhijrah. Macam mana Nabi Muhammad dipulau dicerca dihina semasa ingin menyampaikan daawah beliau. Macam mana Nabi Muhammad dikejar dan dikepung semasa baginda ingin berhijrah. Tapi baginda dan para sahabat tetap teruskan perjuangan mereka. Sebab apa? Sebab cinta dan kasih mereka terhadap Allah. Mereka terima suruhan Allah untuk menyebarkan daawah agama Allah.
Macam tu lah jugak kita. Susah nya nak berhijrah. Macam macam dugaan yang kita akan hadapi. Macam macam kata cacian dari orang sekeliling yang kita akan dapat. Tapi, jangan bimbang sebab Allah sentiasa bersama dengan orang orang yang sabar.
Ya, memang pahit meninggalkan perkara yang dah sebati dalam hidup kita. Memang sukar memang payah. Aku tak nafikan. Tapi kala hati teringat akan maksiat, pandang ke hadapan, bayangkanlah manisnya nikmat syurga. Mungkin ia boleh menjadi pembakar semangat yang besar pada kita.
Ingat, Allah kirimkan kita ke muka bumi ini untuk menjadi khalifah. Untuk menjadi hamba-Nya. Terlalu banyak nikmat yang Allah beri.Bukan free eh, tapi PINJAM. Sedar, kita, tubuh badan kita, hati kita, jiwa kita hanyalah pinjaman. Dan suatu hari nanti semua pinjaman tu Allah akan tarik balik. Pastikan masa tu segala pinjaman yang Dia bagi ni kita dah gunakan sehabis mungkin ke arah kebaikan. Supaya kita tak menyesal dalam kubur nanti.
Beberapa ingatan buat kita semua :
"Allah will never leave you empty. If He asks you to put something down, it's because He wants you to pick up something greater."
and this video really remind me into this verse:
"Oh you, who believe, safe yourselves and you family from a fire."
Sekian sahaja dari aku.-Kak Yong-
Salam Maal Hijrah~
No comments:
Post a Comment