Assalamualaikum and Hey there world :)
Cehh world laa sangat gaya macam ada orang nak baca sangat je blog aku ni. Ehe.
Hai orang Perak, hai orang Selangor (eceh) hai semua orang. Rasa macam dah lama tak tulis entry baru. Siapa rindu saya? Sila angkat tangan. Waaa, ramai nya yang angkat tangan! Terharu kay terharu.
Ni lah jadi nya bila dah lama tak menulis, merepek merapu meraban semua jadi. Okay okay okay kembali kepada tajuk tertera [dah kenapa bahasa aku dah kalah buku bm ni haha], holidayyyyy! Siapa tak suka holiday kan? Mesti lah suka. Masa untuk berehat bersama keluarga terchenta. Eceh.
Untuk cuti panjang ni, kami sekeluarga balik kampung yang nun jauh di pantai timur tanah air. [padahal tiap kali cuti balik kampung]. Bersyukur sangat kampung kami tak dilanda banjir teruk. Kena tempias sikit sikit tu biasalah kan, well, this is pantai timur. :)
Macam macam aktiviti dah buat masa kat kampung ni. Biasalah bila balik kampung kena jaga imej sikit depan mek ayah semua. Jaga nama umi abah kan. Eceh.
Aku belajar buat roti jala, nasi dagang, belajar masak masak. Eceh. Tapi, gulai tempoyak, aku tak terror masak lagi la, yelah balik kelantan mana ada orang pandai masak gulai tempoyak. Gulai kawah kut ada. Haha. Eceh kira dah pandai masak laa ni. Jadi kepada para ibu mertua di luar sana, dah boleh dah isi borang kut nak mintak saya jadi bakal menantu. Ehem.
Pengsan.
Haha mengarut lagi. Amboi mak mertua bagai kau ek Anis. Ni kalau umi baca ni mau kena ketuk dengan senduk ajaib beliau ni. Ahaks ;) Jangan marah umi, umi jugak nak menantu cepat kan.
|
Saya budak baru belajar |
Aku dapat pengalaman baru teman mek pergi usrah. Baru aku tau kat kampung aku ni, setiap minggu hari Rabu akan diadakan usrah untuk orang orang kampung. Dalam usrah tu, ada sesi bacaan Quran. Kita baca, akan ada sorang ustazah betulkan bagi perempuan. Kalau lelaki ustaz la. Lepas bacaan Quran tu ada bacaan kitab pulak. Masa aku pergi tu diceritakan hal rumah tangga. Eceh macam tahu tahu pulak ustaz ni aku ni dalam mood nak kawen. Hamboi.
Nak kena ketuk lagi ni Anis ni. Dush. Okay normal balik. Ehe. Okay okay stop cakap pasal kawen. Ingat kejar cinta Allah dulu Anis.
Jejalan kat tepi pantai depan rumah mek tu. Biasalah tu aktiviti biasa. Rutin kami setiap kali balik kampung. Dari kecik sampai besar, pantai tu lah tempat kitorang memain. Berchenta dengan ombak. Eceh.
|
this is Pantai Bisikan Bayu |
|
Aku rasa aku ayu di situ. Hamboi |
|
Budak yang suka merengek cakap aku tak pandai tangkap gambar :p |
|
Budak ni nama dia auni. |
|
azma |
|
selfie |
|
Termenung ku sendiri. Eceh |
|
cukup cantik ape ak tangkap :p |
|
aku tau dia lagi cantik dari aku. Takyah cakap |
|
Kami |
|
fake smile |
|
tengok mata adik! HAHA |
Lepastu masa kat Terengganu, umi and abah dengan bermurah hati nya membawa kami jejalan kat Kuala Terengganu. Pergi Taman Tamadun Islam dengan Pasar Payang. Eventho aku dah pernah pergi pun before this, tapi pergi dengan kekawan lain kan dengan pergi dengan family? Umi tak larat nak jalan pusing Taman Tamadun Islam so, umi, Azma Auna Auni naik keretapi. Abah jejalan ngan Acik. Aku Angoh Alya Aifa jalan berempat.
Penat memang penat tapi memang worth it. Berbaloi sangat sebab bukan selalu nak habiskan masa bersama keluarga terchenta. Selalu kalau hari sekolah masing masing sibuk berchenta dengan buku. Kalau time cuti pulak, aku sibuk berchenta dengan muka buku dan birung biru. Eceh.
Haa, lupa nak cerita. Kat terengganu ada satu kedai ni kat situ memang tempat orang cari air buah. Jus jus memang terbaik kat sana! Kat Seberang Takir nama kedai tu Kedai Gelas Besar. Bukan nak cakap apa, memang besar besar semua gelas kat situ. Macam macam jenis buah ada dari buahan tempatan import eksport semua ada lah. Tinggal nak order je. Boleh pilih gelas sama ada gelas besar, kecik or sederhana. Jangan memain kau, gelas kecik dia pun dah standard gelas biasa kedai makan lain. Ni pulak yang besar tu memang tak termampu laa nak habiskan sesorang. Aku yang kuat melantak ni pun pesan yang sederhana je. Nak pulak sepupu semua buat aci lumba sapa habis dulu. Ehe, aku dapat tempat ke 2 tak silap. Kalah dengan budak kecik. Ehe malu weh malu. haha.
Okay tu je nak share. Moga cuti kali ni membawa kenangan terindah buat kita semua :)
Salam Sayang
Kak yong :)
No comments:
Post a Comment