Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Saturday, December 28, 2013

Kita :')

Bismillah. Dengan nama Allah. Allah beri aku kekuatan.

Sebenarnya, dah lama aku nak luahkan benda ni. Sejak aku mula perasan, ada sesuatu antara kita. Cuma, aku takut. Aku takut aku melukakan hati kau. Aku takut aku tak mampu. Aku tak kuat.

Tapi, aku gagahkan jugak hati ni. Sebab, aku pegang pada prinsip. Lebih baik aku bertindak sebelum aku pergi lebih jauh. Sebelum tu, maafkan aku. Maafkan aku andai kau rasa tindakan aku ni akan membuatkan kau bengang atau sedih atau sakit hati dengan aku. Takpe, itu hak kau. Aku tak marah. Tapi, aku nak kau faham, ape aku buat ni, untuk kita.

Baik, mungkin salah aku jugak sebab tak cegah benda ni dari awal dulu. Sebelum rasa ni mula berputik. Konon masa tu aku yakin aku boleh kawal perasaan. Konon masa tu aku letak hubungan kita sebagai kawan semata. Tapi, makin lama, aku mula goyah. Aku mula rasa lain. Siapalah aku. Hanya seorang gadis biasa. Yang, akan cair jugak bila tiap tiap hari ada orang care. Bila setiap hari ada orang tanya khabar dah makan ke belum. Bila tiap tiap malam ada goodnight wishes and paling penting bila tiap tiap waktu solat ada orang ingatkan.

Aku tanak sampai jadi macam ni.


Kau selalu marah bila aku tidur lewat. Tapi, pernah tak kau fikir kenapa aku selalu sangat tidur lewat? Sebab ni lah. Aku tak boleh berhenti fikir, apa sebenarnya kita ni? Kita tak couple, tapi, kalau dah tiap tiap hari contact macam orang couple tu lebih kurang sama je lah kan? Tak ke? Ye, memang kita selalu mengingatkan ke arah kebaikan, tapi cara kita salah. Aku asyik fikir, betul ke salah apa yang kita buat ni. Macam betul sebab kita tak pernah pun declare apa apa. Tapi macam salah sebab, kita macam terlalu mesra. Kita masing masing tahu kan perasaan kita. Kita masing masing faham diri kita. Jadi, tanak cakap panjang, kalau betul betul sayang, simpan dalam doa.

Hati kita Allah yang pegang. Doa tu senjata mukmin paling hebat. Gunakan doa setiap masa. Aku rasa lepas ni, tak perlulah kut kita nak contact macam ni setiap masa. Tak perlulah kut kita nak sweet sweet sangat. Tak ke mana pun. Kalau tiap tiap hari bergelumang dengan dosa, macam mana hubungan nak berkat. Kan? Aku tau, agak kasar, tapi, aku tengah cuba jadi bunga mawar berduri. Menunggu dipetik yang halal. Kau jugak yang selalu panggil aku mawar kan.





Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Keep praying. Dia sentiasa mendengar doa hamba-Nya. Andai ada jodoh antara kita, aku sedia terima kau seadanya. Tapi, kalau tak ada jodoh, Allah dah tetapkan yang lebih baik untuk kita. 

Kena jaga ikhtilat. Kena. Aku nak jaga hati aku. Aku taknak isi hati aku dengan cinta selain untuk suami aku. Biarlah hati ni jadi milik yang halal. Aku nak jadi wanita solehah. Aku harap kau sokong aku. Bukan kau jugak yang selalu nasihat aku jadi wanita solehah kan? Tolong aku ye. Kita ubah sama sama. Biarlah Allah yang tentukan jalan cerita kita. Allah lebih tahu.





Aku harap kau faham. Bukan tak boleh contact langsung. Boleh. Tapi, tak perlu sekerap ini. Kita masing masing ada tanggungjawab. Kalau rindu, doa sebagai penghubung. Allah takkan sia siakan hamba-Nya yang bersabar.

Kita kawan macam biasa ye? Kalau ada jodoh, ada :) Sama sama kita doa. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah. Jaga diri jaga iman jaga hati. Puisi ni, untuk kita.


Tolong sampaikan

Tolong beritahu aku, cinta agung adalah cinta-Nya
Tolong beritahu aku, cinta manusia bakal membuat aku lupa
Tolong nasihati aku, jangan mencintainya lebih dari aku mencitai Yang Esa
Tolong nasihati aku, jangan mendoakannya lebih dari ak mendoakan ibu bapaku

Tolong katakan padaku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan padaku, dahulukan ibu bapa kerana di situ telapak syurga

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana keimanannya bukan rupanya
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana budinya

Tolong tegur kami, bila kami mula mengagungkan cinta manusia
Tolongtegur kami, bila kami tenggelam dalam angan kami
Tolong tegur kami, andai nafsu mengawal fikiran kami

Tolong sedarkan aku, dia milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan aku, dia masih milik keluarganya
Tolong sedarkan aku, tanggungjawabnya besar pada keluarganya
Tolong  sabarkan aku, usah ucap cinta kala cita citabelum terlaksana
Tolong sabarkan dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan kami, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindu

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi puca kegagalannya
Tolong pesan padaya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaganya

Tolong khabarkan pada si dia, aku tak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan padanya, aku dambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan padanya, cinta Allah tidak ternilai harganya

Tolong sampaikan kerana,
Aku tak mampu memberitahunya sendiri

Hanya Engkau Ya Allah, yang mengetahui siapa dirinya.
Moga pesanan ku sampai padanya.
Temukanlah hati kami suatu hari nanti.



Aku tau susah kan. Tapi, kita sama sama ubah. Aku tahu, janji kau dengan Fae, aku tunggu kau. Kalau memang Allah dah tetapkan kita bersama, ada lah jodoh kita. Sabar. Buat masa ni, biarlah doa jadi penghubung. Jadi hamba yang baik, nescaya, Allah akan bagi kita yang terbaik.





Janji dengan aku, even kita tak berhubung lagi lepas ni, kita akan tetap doakan satu sama lain. Janji yang kau akan istiqamah walaupun, lepas ni, aku dah takde nak ingatkan kau tiap tiap hari.



Kejar cinta Allah dulu.



Jaga diri Jaga iman Jaga hati. :)

Salam bunga mawar,
Anis Fatihah.






1 comment:

Unknown said...

Terbaik . Nak pinjam ayat bole? ��