Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Thursday, December 27, 2012

kita sahabat till Jannah :)

Assalamualaikum
this post is dedicated to all my Gen nine's member who I really miss you..

hai kawan kawan...nak tau tak..balik je dari sarjana otak ni,hati ni,perasaan ni tak abes abes dok fikirkan korang..ape jadi kat korang,how about lawatan tuh,korang dah makan ke belom,pihak atasan izinkan ke tak...I do care about you guys..and after semua yang berlaku...aku mintak maaf sebab takde di samping korang untuk melalui saat saat ini..pahit manis kita di hari hari terakhir bergelar SAHABAT

cakap punya panjang pun tak guna jugak sebab semuanya dah lepas pun..tak boleh diulang semula.hanya yang tinggal sekarang,MEMORIES, yes,,,kenangan untuk kita kenang bersama :) anis tak taw laa korang macam mana tapi,bagi anis...korang sahabat terbaik anis ever after!sampai bila bila insya Allah..

ape yang diharapkan semoga kenangan yang dicipta bersama since 2008-2012 kekal dalam ingatan kita bersama :)
and special untuk korang semua anis nak bawa korang lalui balik detik detik terakhir kita dalam satu event yang anis harap korang takkan lupakannya ------>malam bbq a.k.a malam kebudayaan..alah,yang kita buat buat bbq sama sama tuh...yang tempah makanan kat makcik kantin tuh,yang kita semua pakai kain batik tuh...and yang paling sweet nya...yang kita main truth or dare sama sama tuh...hehe harap korang enjoy tgok balek suasana tyme tuh..even tak berapa cantik tapi,anis harap korang still anggap ia sebagai valuable memories untuk dikenang

kibas jangan tak kibas

ni buat kerja ke posing nii??

haa,,ayam tuu,jaga elok elok!

ni lah pihak penaja bersama penasihat nya 

ni pulak geng2 air asam dan salad


hah!bakor bakor

sama tapi tak serupa

satay satay!

ni lah tauke satay kita



jibot,farah,amal and zifa

double fara

ana<geng makan>,fiqa sayang and tyra starving

a'ie,dal<taakhi>,and ijat!

amboi,happy nye cek kiah!

pasangan serasi flovate <3

farah and amal

yan sifu,aima sayang and masliakkk

pihak penaja dan penasihatnya

makan time!

jom makan!

pengarah lawatan nak bercakap

perbincangan lawatan,

truth or dare??




semoga kenangan ni masih segar di ingatan korang..terima kasih banyak banyak kerana sudi meluangkan masa korang unuk baca rencana yang tak seberapa nii,,ni je lah caranya untuk anis mengapresiasi korang sebagai sahabat.lain orang lain caranya. ada orang guna cara mengedit gambar bagi cantik untuk buat kenangan,ada orang create lagu untuk kawan,,,macam macam lagi lah..tapi,,nii je yang anis mampu..semoga persahabatan kita kekal till jannah and anis harap kita sama sama dapat melakar kejayaan pada masa hadapan..apa yang dah lalu kita tak dapat nak ulang kembali tapi,tak bermakna mengenang nya adalah satu kesalahan :)  hope so one day nanti kita boleh jumpa lagi..10 tahun akan datang ke kan??kita buat reunion ya??kalau boleh dekat sarjana,lagi best..mengenang episod lama dalam hidup kita :)

friend till jannah 

with love <3
anis fatihah duyamin













Friday, November 9, 2012

muktamad!

jam 3.30 petang :)
umi and abah beserta excort tentera si kembar sampai ke SARJANA
with smile ear to ear made a beeline to car
salam umi salam abah.then terus masuk kereta.

aku : okay,kite nak balik kampung bila nih??
umi : tak jadi lah hari nih.esok kowt
aku : tapi nape plak mi?
umi : jenazah nya pun dah selamat kebumi.kita balik esok je lah
        ayong ade kelas ke cuti nih?
aku : ade,rabu khamis,jumaat

sampai rumah,terus cari makanan
bukak tudung saji.nampak kerutut telur dan budu
senyum lagi :)
"umi,jom makan!"
sambil makan 

umi : ayong nak follow kitorang balik kampong ke tak  nih??
aku : is it okay kah kalau ayong tak ikut?ape pulak orang kata nanti
umi : okay jer kowt,mestilah faham,you're in SPM right?
aku : kalau balek sampai hari isnin buleh ke?
umi : hmm,kalau dah balek kampong, memang tak lah kalau sekejap.at least pun sampai hari jumaat.

automatically aku ternganga.haiyak,kalau balek sampai jumaat how about kelas kelas aku nanti?
masuk dewan periksa hari isnin,bila nak study nya??ha ha ha...naaa,masa untuk nganga

umi : nak ikut tak nih?kalau taknak,kami hantar lah ayong esok.
aku : hmm,tengok lah dulu.

hadoih,macam mana nih?
lepas maghrib buat solat jenazah ghaib
yaassiinn pun sudah
hemm,
and my decision is : 
going back to SARJANA lah esok

hmm,nampak nya,cuti ak sehari je lah.
esok,family aku ke kelantan and aku meneruskan perjuangan di SARJANA
hopefully worth it :)
itulah cerita nya hari nih.
balik meneruskan perjuangan SPM..
wish me luck!
*********************************************************************************
ibu saudara aku meninggal pagi ni
penghulu segala hari 
semoga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan di sisi orang orang yang soleh
ameen,
will miss your nasi dagang,nasi minyak and many more :)
al-Fatihah..

Wednesday, October 24, 2012

PCB Treatment

Salam Sejahtera kawan kawan,,Khaulah kembali lagi.
kali nih,Khaulah nak cerita kat kawan kawan semua pasal satu inisiatif yang diusahakan oleh cikgu cikgu kesayangan Khaulah semata mata untuk membantu kami dalam subjek2 pembunuh sekalian.
ok,PCB ??? PCB tuh ape??Pantai Cahaya Bulan kah?or Pulang Cucu Baru kah??haha.,
salah salah salah..PCB is stand for Physics Chemistry and Biology..amacam??buleh meremang bulu roma Khaulah dengar nama nama subjek yang buleh menjadi igauan buruk nih :)
PCB Treatment nih dijalan kan di Pulau Pangkor..

kawan kawan,Pnagkor kowt!huhu...excited kowt nak pergi ke Pnagkor even maybe pada korang Pangkor is an usual place yang korang selalu pergi bercuti..tapi,believe in me,this is really enjoyable as ini lah percutian sambil belajar paling best ngan kawan kawan,even ianya adalah satu kem untuk tujuan pelajaran tapi pengalaman indah tuh lah yang paling berharga,trust me,kerana dirimu begitu berharga,haha,iklan jap.

oke,dari sekolah Khaulah mengambila masa yang tak terlalu jauh and tak jugak terlalu dekat untuk sampai ke jeti Lumut.Dari jeti tuh,kitorang kena ambik feri pulak untuk sampai ke Pangkor.okay,mula mula memang rancangan nya kitorang nak angkut sekali harung je 36 orang berserta 4 guru pengiring nih naik satu feri tapi disebabkan sebab sebab yang munsabab,so kami terpaksa dipecah kan kepada dua kumpulan dalam dua feri yang berbeza.nak dijadikan cerita,atas feri tuh,mula mula khaulah dengan buddy : Sheyun sedap punya lepak dalam feri.punya lah tangkap tangkap gamnbar.lama lepas tuh baru nampak member yang lain gerak naik ke atas..rupanya there was a most beautiful scent outside there.ade satu kawasan terbuka kat atas feri tuh and dari situ kita buleh tengok laut secara live!huhu.sayangnya,time kami ke atas tuh,feri dah pun hampir sampai ke Pangkor

okay,selamat tiba di Pangkor.hallo Pangkor!!whoa...first thing yang kitorang buat mestilah tunaikan kewajipan sebagai hamba Allah,solat zohor.sambil sambil tunggu lagi satu kumpulan sampai,apalagi.time for window shopping!!jalan jalan cuci mata sekitar jeti :) .
diorang sampai,kami pun mula bergerak ke Suria Beach Resort.nih lah tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam.sampai sampai di situ kami disajikan dengan minuman petang pertama kami di situ.bihun goreng dengan teh susu.jadi lah,perut pun dah lapar nih bernakhoda atas feri tadi.habis makan,masa untuk tengok bilik!!!waahh,best sangat bilik kitorang.khaulah duduk dengan member member yang memang sekepala..there was ecah,sheyun and sara

bermula lah aktiviti kitorang sebagai penuntut di program PCB Treatment nih..and the best is bila kitorang semua dibenarkan keluar hang out malam malam lepas kelas.shiookk!!!yelah mana tak rasa seronok,kat rumah mana pernah dibuatnya khaulah buang tebiat nak mintak kat umi atau abah keluar malam.maunya kena mambu ngan penyapu.tapi,kat sini lah first time dalam hidup Khaulah dapat rasa hang out malam malam ngan member,so, di kesempatan nih,khaulah nak ucap terimakasih yang tak terhingga pada Mama Lin kitorang @ Cg Hedzlin yang sanggup bersengkang mata menjaga kitorang.such a beautiful memories.kat situ jugak lah dapat lepak ngan sheyun,sara, ecah,shu,huda,ana and tirah sambil ngapp burger..huhu.seronok sangat!

tak cukup dengan tuh Cg benarkan jugak kami keluar lepas asar untuk.........guess what????kitorang MANDI LAUT!even pada mulanya cg takut gak nak lepaskan sebab kata cikgu "malang tuh tak berbau.memang tak buleh dihidu dan kita kena elakkan" tapi cikgu tetap benarkan kami merasa mandi laut ngan kengkawan kat Pulau Pangkor yang indah nih.

and memory yang khaulah paling takbuleh lupa adalah bila kami 10 orang sama sama naik boat pusing pulau..tuh yang paling best sebab khaulau memang tak pernah rasa naik boat and ini yang palig bermakna sebab kami naik sama sama pada tahun terakhir kami bersama. :)

okay lah sembang panjang panjang pun tak shok jugak kan??jom kita tengok gambar dulu.. :P

beg dah siap!

nih lah PA baru kami,Anis Suhanna :)

posing dulu depan bas

macam mak orang dah jadi babysitter :)

sheyun menanti di jeti :)

atas feri




window shopping



sampai ke Suria Beach Resort

juadah pertama kami

bilik kami :)

cikgu cikgu yang banyak berkorban

malam pertama kami hang out sama sama :)

KAMI!

window shopping :)

burger!yum yum :p

masa untuk main air!!

ready for naik boat!

pemandangan dari atas boat

fara and mimi

nampak tak batu tuh bentuk paus??

tengok orang snokerling kat pulau


nak sampai dah

boys pulak enjoy naik banana boat

posing lepas pening naik boat

tetap di hati



malam paling best makan bbq

okay lah cukup saja sampai sini dulu cerita khaulah.lagi satu yang best dua minggu lepas tuh kami satu batch bergerak pulak ke Kompleks Rakan Muda Kampar untuk Kem Bahasa.and today,hari bersejarah khaulah sebab khaulah terima anugerah kokorikulum tadi.dua anugerah khaulah bolot :)