Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Wednesday, May 28, 2014

Sem 2 ended. :D



Dengan nama Allah :) Assalamualaikum alam maya.

Dah lama tak menjenguk belog kesayangan ni. Apa khabar? Eceh. Alhamdulillah, semester dua selesai dilalui. Dengan jaya atau tak, belakang kira. Hehe. Entah laa sekarang ni cuma mampu doa yang terbaik je.

Setengah tahun dah. Macam tak percaya. Kalau baby ni dah boleh duduk kut. Cepat nye lahai masa berlalu. Rasa macam tak terkejar je. Busy ke sana sini tahun ni sedar sedar je dah nak exam. Haih, nasib sempat tersedar awal. Awal tak awal, separuh nafas jugak study. Yelah dari awal tahun tak sedar diri nak exam kerja nak ke sana ke mari main sana main sini. Sibuk dengan PBS lah sangat sampai tak fikir study. Hang out sana sini, sibuk duk melayan perasaan sampai tak sedar dah nak hujung semester. Betul lah kata Allah

"Demi masa seseungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh ....."

And now, nak menyesal pun takde guna, benda dah lepas. After this, untuk semester tiga nak usaha sungguh. Mungkin ada yang kata dah lambat tapi bagi aku, aku nak usaha seboleh mungkin untuk semester ni. Taknak fikir benda lain dah. Kejar cita cita bahagiakan umi abah. Nanti dah berjaya baru fikir pasal nak cari menantu untuk umi abah. Ehh? Haha. Okay gurau gurau.

After exam haritu, we went for a camp at Putrajaya. Bukan lah camp pun kalau diikutkan, more to macam a trip tapi duduk dalam khemah. Err, macam camp lah jugak kan. Hehe. Kiorang pergi representing daerah Hilir Perak dalam kontinjen Pengakap untuk Festival Belia.

Mula mula sampai tu walaweh ramainye orang. Ribu ribu orang kat sana. Sampai kat campsite orang semua tengah majlis perasmian. Kitorang tak sempat join pun, orang tengah sibuk dengar ucapan, kitorang sibuk pasang khemah. Even ada masalah sikit masa tu, Khemah terpasang jugak. So malam tu, tidur dalam khemah yang besar tu, orang panggil mangkitan.

And, first time rasanya tidur berlantaikan rumput basah macam tu. Tidur tak berapa nak tidur sangat lah malam tu. Yelah, even dah lapik selimut aku yang tebal tu pun still lagi basah, menggigil badan kata kau. Bangun pagi lenjun baju. Haiyoh. Takpelah pengalaman, bila lagi nak rasa. Kan?

Memandangkan campsite kami dekat dengan masjid besi tu, so semua aktiviti bersuci dilakukan di masjid tu lah. Lama lama masjid tu dah jadi macam rumah kedua kami. Syiok gila lah masjid tu. Satu je tak best, tunggu turn toilet punya la lamaaaa, sebab ramai gila orang.

Haa, masa kami kat situ, ada majlis akad nikah beramai ramai, serenta 70 pasang pengantin dinikahkan pada hari tu. Perh, eksaited gua. First time tengok orang nikah live. Dengar khutbah nikah tu, aku yang cuak. Hahaha. Ambik berkat kata orang.

Hari pertama kat situ seronok berjalan jalan. Semua tempat kami jejak. Masuk booth sana sini. Beli barang satu pun tak. Berjalan, lepak, makan tu jelah kami. Mula mula jalan berlima last last terpisah tinggal tiga orang.

Skuad Hilir Perak




Tuan Sharani memberi taklimat








This cute girl. Nama dia Bunga. Soo adorable. Mula mula jumpa terus jatuh chenta. Tau tau nama dia Bunga. Hoi, lagi jatuh cinta teman. Sangat laa sweet budak nya. Nanti anak aku nak taruk nama Bunga jugaklaa. Boleh? Heee.


when bunga met bunga. Ehe










Bunga yang sangat kiut.



campsite







Menara Pensil

Kalau orang tanya apa yang aku dapat dari sana, sejujurnya aku akan cakap, aku dapat bawak balik topeng satu kat muka ni. Mana tak nya, berbelak macam ape je. Sampai umi kata aku ni dayang senandung. Ingat apa, aku nak buat iklan terlajak laris tu ke? Hehe. Tapi takpe lah, hitam di muka jangan hitam di hati. Cewah ayat sedap hati. Takpe nanti okay lah tu kulit aku ni, sunburn sikit aje. Aku kan superwoman ecewah.

And now tengah enjoy holiday. Cuti pun tak cuti sangat laa. Nak kena selak jugak buku buku sem 1 untuk repeat. Haih, nak tak nak kena korban sikit masa. Nanti lepas belajar baru enjoy puas puas. Sekarang masa untuk aku bercinta dengan buku.

Selamat bercuti, Adios :) Oh ya, Kelantan tunggu kepulangan kami esok. :D

p/s : for you, aku harap kita masih dan akan sentiasa mendoakan satu sama lain. Tak contact tak bermakna tak ingat. Biar hati berbicara tatkala bibir tak mampu berkata kata. Aku yakin Dia boleh jagakan kau untuk aku. Doakan aku jadi wanita solehah.


Salam sayang,
Anis Fatihah.