Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Thursday, April 3, 2014

Bila Aku Menaip Lagi.

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.

Assalamualaikum and hey there world :D

Ohemgeeeee, lamanya rasa tak menjenguk belog ni. Tak terhapdet hapdet. Berhabuk dah rasanya. Yelah, last entry pun bila, 1st January 2014. Harini pun dah third April. Nak kata apa, mau empat bulan jugak tak terjenguk menatang alah ni.

Mana tak nya, busy sana busy sini. Banyak benda nak kena buat. Rasa macam tak jejak tanah pun ada kekadang. Berjalan main terapung apung je. Cewaaahhh, hiperbola pulak kitewww. HAHAHA.

Tapi, memang serious talk, busy gila cakap. Sem ni memang rasa macam tak sempat bernafas. Ceh, hiperbola lagi. Okay, kali ni betul betul serius. Memang busy. 

Dari hal asrama budak sakit sekali sampai dua tiga orang, sekali ada kecurian belambak lambak, budak buat hal sana sini, budak merimas pun ada. Hal library lagi mana nak pergi bertugas lagi, key in buku lagi, susun buku, buat kad. Hal MPP pulak, dengan kertas kerja dua tiga kali kena betulkan, kejar due date lagi, mana nak plan lawatan bagai, mana nak uruskan hal baju. Hmm, dengan pelajaran tak terkejar. Yang paling buat aku rasa berserabut, PBS. Tahniah saya ucapkan kepada PBS kerana berjaya membuat hidup saya huru hara. Haih. 

Kekadang, terlepas jugak merungut benda benda ni kat umi, and guess what umi said? Haha, ni paling tragis,

"Ayong, dunia ni bukan masa kita nak bersenang lenang. Masa ni lah, kena usaha sungguh sungguh tempah tiket paling eksluilf nak ke sana. Akhirat. Anggap lah semua tu sebahagian dari perjuangan menuntut ilmu. Cabaran semua tu. Kena kuat."

Gulp.!

Ambik. Bila umi mula keluar aura ustazah dia. Haha. Tapi bila fikir balik, betul sangat apa yang umi kata tu. Kadang bila fikir balik, malu. Segan sendiri. Macam mana umi, seorang umi kepada lapan orang anak, seorang isteri, seorang guru yang berapa ratus orang entah anak murid dia tapi, umi masih lagi always senyum, always sabar dengan dugaan hidup always bersangka baik dengan Allah. Kagum.

Banding dengan aku ni, apa sangat lah kan. Baru sikit je dugaan yang aku hadapi. Masih ada masa depan yang cerah. Aku tahu tu. Sebab Allah dah kata,

"Allah takkan mengubah nasib seseorang melainkan kita berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri."

Allah, kurniakanlah kekuatan dan ketabahan hati pada ku.

Lepas difikirkan balik, ujian Allah ni untuk mematang kan bukan men down kan. Amboi bahasa, mau menangis Cg Zainab baca ni. Tapi, betul lah sepatutnya setiap ujian ni, buat kita lagi dekat dengan Allah. Allah rindu dengar kita mengadu dekat Dia sebab tu Dia timpakan kita musibah ni. Mungkin lama sangat kita lupakan Dia selama ni. 

And for now, Alhamdulillah, dah settle PBS setakat ni. Mohon lulus. Alhamdulillah dah boleh adapt dengan macam macam ujian yang datang. Boleh terima suasana baru dalam hidup tanpa seseorang di sisi. 

Percaya lah, semua yang berlaku, ada hikmah nya. Pasti. 

And, haha mana boleh lupa, 7 tahun lagi aku tuntut janji kaaauu! :D 

Adios :)
Salam cinta penuh kasih
Anis Fatihah.