Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Monday, April 29, 2013

Mahar Cinta





 Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya dapat engkau mentafsirkan
Setiap bait kata kata yang terungkap
Pasti dirimu kan memahami harapan kasih yang tersimpan
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu


Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka 
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah 
Hingga terabai segala cita 
Sedang khayalan tak menjanjikan 
Segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran


Apakah mungkin engkau mengerti 
Setiap cinta yang dilafazkan 
Bukanlah sekadar mainan 
Tetapi sebuah janji









kita belajar dulu perabih , kalau ada jodoh tak ke mana insyaAllah :)





p/s : tengah cuba buat cheesecake . guna resipi dari blog kak Namee but ubah sikit kita guna biskut oreo . tunggu mijah free then nak buat sama sama hehe . pakcik yang kerja kat petronas tu duk tuntut kek . giggle ~ ngee pakcik , kau nak amik sini , aku takde sistem delivery tau .

Friday, April 26, 2013

kelebihan Form6

Assalamualaikum and Hi :)

pagi pagi tadi terus semangat google pasal Form 6 . orang semangat nak masuk form6 ni . walau pun , kawan kawan macam memomok kan yang Form6 ni susah la apalah , tapi Anis tetap nak masuk form6 rasanya .

sebab apa nak masuk form6 ?

  1. sebab Anis rasa form6 ni jimat masa . keluar form6 nanti terus dapat diploma
  2. sebab melalui sumber yang Anis dapat , KPM memberi kouta khusus untuk lepasan STPM untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA .
  3. sebab masih dalam suasana sekolah . maybe Anis bukan orang yang senang nak ikut peraturan sekolah tapi , Anis dah berazam nak jadi budak baik kat sekolah baru ehe (
    ??????)
so , hasil dari google yang Anis dapat :


Perbandingan Tingkatan 6 Dengan Diploma



Suatu Perbandingan
Tingkatan 6
Diploma
Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
3 tahun
Kos
Yuran Sekolah + Buku rujukan
(kurang RM 600)
Pinjaman PTPTN
Minima RM 15 ribu
Peluang ke Ijazah
2.8 ke atas akan diambil
Kouta khas oleh kerajaan disediakan
3.5 ke atas layak untuk Ijazah
Bersaing dengan pelajar STPM & Matrikulasi
Sistem pembelajaran
Peperiksaan STPM
(90 % akedemik & 10 % kokurikulum )
Sistem Semester
-          6 bulan 1 semester
-          Markah ditambah dengan kerja kursus
Tempat
Sekolah
Politeknik / IPTA / IPTS
Peluang Kerja
Dapat mohon kerja dengan STPM
Dapat memohon kerja
Populariti
X boleh tunjuk-menunjuk
Dapat tunjuk-menunjuk
Pembacaan
Perlu belajar dengan tekun & serius
Markah peperiksaan ditambah dengan kerja kursus & berkumpulan
Kebaikan
Dapat ke Ijazah dalam masa yang singkat
Dapat bekerja selepas dapat diploma
Keburukan
Jika ke Tingkatan 6 , X belajar , baik jangan,membazir masa & duit
Jika ke diploma untuk main- main & dapat pointer rendah,memalukan sahaja
Pengalaman semasa pertama kali menjejak kaki di Universiti
X bergantung kepada pensyarah sepenuhnya,
Dapat berdikari hasil pengalaman & pendedahan di Tingkatan 6
Kejutan pelajaran,sosial & budaya.Perlu menyesuaikan diri ,mengambil masa untuk berdikari dengan persekitaran Universiti






Perbandingan Tingkatan 6 Dengan Asasi


Perbandingan
Tingkatan 6
Asasi
Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
( 3 semester )
1 tahun 6 bulan atau
1 tahun
Kos Biaya

Yuran Sekolah + Buku Rujukan  =
( kurang RM 600)

Tawaran pembiayaan RM 1,000 satu semester, yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
(Dapat Biasiswa)
Peluang ke Ijazah
·  Lulus 2.8 ke atas
·  Kuota Khas disediakan oleh kerajaan untuk Pelajar STPM
Dijamin dapat masuk ke Ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Syarat ke Universiti
Lulus 2.8 ke atas
Muet sekurangnya Band 2
Lulus 3.5 ke atas
Muet sekurangnya Band 4
Pengajian
5 atau 4 Subjek STPM
10 Subjek ke atas & 30 bab ke atas
Pembelajaran
Perlu belajar dengan tekun & serius
Perlu belajar dengan tekun & serius
Sistem pembelajaran
Sistem Semester
Akedemik + Kerja Kursus
Markah ditambah dengan kerja kursus

Sistem Semester
-          6 bulan 1 semester
-          Markah ditambah dengan kerja kursus





Perbandingan antara tingkatan 6 dengan matrikulasi


PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI

TINGKATAN ENAM
MATRIKULASI
Tempoh pengajian 3 semesterSama
Aliran sains dan kemanusiaanAliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negaraSijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja
( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos rendah berbanding matrikulasi/diplomaKos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaanTidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A levelKurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa MelayuSama
Pusat di sekolah seluruh negaraDi kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)


so , macam mana ? ada tak rasa nak masuk form6 ? lepas Anis baca article ni pun Anis jadi semangat and tak sedih sangat sebab hanya mampu melayakkan diri ke tingkatan 6 .

so terimakasih tak terhingga kepada sahabat ku , NorFaiqah Nordin yang sudi memberi taklimat ringkas tentang form6 di Sekolah Seri Perak .


p/s : boleh gila jadinya bila ulang baca buku 'SUAMI AKU USTAZ' berangan dah ni ehe . layan jiwang dengar lagu When I was Your Man :3

Thursday, April 25, 2013

Tingkatan 6

Assalamualaikum and Hi :)

setelah sekian lamanya tak update blog kerana dalam kebuntuan memilih halatuju lepas SPM . berbekalkan result SPM yang tak seberapa ni Alhamdulillah dapat jugak beberapa tawaran .

first haritu dapat tawaran ke PICOMS then dapat ke Lincoln University tapi dua dua swasta . so , peratusan nak pergi atau tak tu memang tak tahu lah .

pastu tadi on facebook , semua orang duk bising bising pasal Matrik , so Anis pun pegi lah check , and sedih Anis tak dapat sobs T.T tapi tak kisah sangat sebab memang taknak pergi matrik pun .

pastu check pulak untuk Tingkatan 6 and Alhamdulillah Anis dapat .






dapat kat SMK Seri Perak . tapi , tak sure lagi pergi ke tak sebab umi and abah nak buat rayuan tukar course . umi abah suruh ambik course agama . tak tahu lah lagi macam mana .
kalau ikut anis memang nak ambik course sains , tapi , umi abah suruh ambik course agama . entah lah , selalu sangat dilema macam ni . pening kepala fikir T.T

istikharah :")


p/s : rupanya bukan senang nak lupakan seseorang yang selalu melekat dalam ingatan .

yang keliru ,
Cik Anis

Tuesday, April 16, 2013

Cinta

Assalamualaikum and Hi :)



terpanggil untuk berbicara tentang cinta . Cinta berbeza maksud bagi setiap orang . ada orang boleh gila meroyan sebab cinta . ada orang boleh ayan sasau sebab cinta . cinta juga boleh menyebabkan rutin harian sesorang tu berubah ubah . adakalanya kerana cinta hati rasa berbunga bunga . hidup begitu indah . dalam dunia ni macam ada kita dan dia je . adakalanya juga cinta membuatkan manusia hilang arah . hilang pedoman .

hebatnya penangan cinta pada manusia . kadang manusia bertindak mengikut hati dan perasaan seolah olah mereka hamba kepada cinta .



cinta banyak jenis .

ada cinta sejati . lautan api sanggup ku renang ..
ada cinta monyet . cinta zaman sekolah ...
ada cinta bertepuk sebelah tangan .....errr




sebenarnya cinta adalah suatu perasaan yang suci . fitrah bagi setiap manusia untuk jatuh cinta . cinta itu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-Nya . cinta juga suatu ujian daripada-Nya untuk menguji keutamaan cinta kita . kadang hati terlebih mencintai hamba yang lain berbanding mencintai Dia dan rasul-Nya .

sebagai manusia biasa kita semua tak lari dari mempunyai perasaan cinta , kasih , sayang , rindu . tak salah untuk mempunyai perasaan seperti ini . tapi , ingatlah perlu disalurkan pada jalan yang betul .



apabila kita mula mencintai sesorang hati kerap mengingati . sekali pun akal menegah namun setiap kali itu juga figura insan itu muncul dalam atma . jika ada insan lain mendekati mula bergelodak rasa cemburu . benarlah kata pepatah . cinta itu buta , kerana bila jatuh cinta manusia jadi buta akal . asyik menurut kehendak hati .

mungkin dalam kita melayari keindahan sehari demi hari yang kian berbunga dengan perasaan cinta adakalanya kita diuji dengan badai melanda . kita dikhabarkan dengan khabar yang kurang enak . ketika ini , kita kena check balik diri kita .

ketika ini sebenarnya Allah rindu kan kita . Dia sudah jemu melihat kita terlebih cinta kepada manusia sedangkan cinta kita pada -Nya langsung tidak diusik . Dia rindu kan cinta kita pada-Nya . Dia rindu untuk mendengar tangisan kita pada-Nya . Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu . percayalah . Allah mahu kamu kembali menghadiahkan cintamu kepada-Nya .



Allah tidak pernah melarang hamba-Nya berkasih sayang . Dia tahu tentang jiwa setiap manusia yang mahu mencintai dan dicintai . kerana Dia yang memberi rasa cinta itu kpada kita . maka Allah sediakan kepada kita jalan yang sebenar untuk kita salurkan perasaan cinta kita itu . berdoalah . semoga antara kita dan dia ada jodoh .







    
ni untuk kau HUDA ,




Allah kan ada :)


to Huda , aku menulis harini untu kau . tabah lah dear . ak tahu kau kuat . kita doa sama sama kay dear . Allah Maha mendengar . anytime anywhere , mengadu je pada Dia , Dia sedia mendengar . ingat Huda , aku sayang kau . sekuat mana pun kita cinta kan seseorang , Allah lagi cintakan kita :)




salam sayang
Cik Anis

Saturday, April 13, 2013

PICOMS ?

Assalamualaikum and Hi :)

Anis dapat offer ke PICOMS (Pusrawi International College of Medical Science) . mula mula tk berapa minat sangat nak ke kolej swasta . but , lepas tengok balik surat tawaran dia and google tentang kolej ni , rasa macam jatuh hati pulak . nak taw sebab apa ?

First . sebab , PICOMS menawarkan course yang Anis sangat minat iaitu physiotherapy . kalau nak tunggu upu punye offer mungkin susah la untuk Anis dapat further study dalam course yang Anis minat gila ni . mungkin ni peluang untuk Anis kejar cita cita Anis . dah ada peluang terbentang depan mata , apa tunggu lagi ?

Second . sebab , kolej dan pusat kediaman PICOMS yang sangat lah super duper cantik wa cakap lu .

macam apartment tuh

















  
ni lah dia makmal fisio








Third . sebab Anis diberi jaminan kalau pass tiga thun kat sini , akan dihantar ke overseas untuk further pengajian . kalau untuk course fisioterapi , akan dihantar ke University of East London . lagi satu peluang yang bukan senang nak dapat kan .

TAPIIIIIIII.

ada tapinya . yuran pengajian RM 45 000 . memang lah katanya yuran permulaan hanya RM 50 . yang lain akan ditolak melaui PTPTN . tapi , mampu ke nanti Anis nak bayar hutang PTPTN banyak macam tu ? memang lah ada kata diberi bantuan duit saku baitulmal RM 250 , tapi , layak ke Anis terima bantuan tu . erm , boleh mohon JPA tak kalau pointer tinggi nanti ?

lagi pun ramai member yang kata kolej swasta ni susah nak percaya . entah lah kan . Anis tak tahu nak decide macam mana ni . nak pergi ke tak ?

kemasukan ke PICOMS, 6 July , IPTA pulak bulan 6 .

rasanya , tunggu IPTA dulu kut , kalau takde rezeki ke IPTA , baru ke PICOMS kut . abah tak berapa nak setuju sangat ke kolej kolej swasta . kalau ikut abah suruh ke form6 je . entah la . tapi fikir balik macam rugi pulak nak biar je peluang macam tu kan ?


yang keliru
Cik Anis


Wednesday, April 10, 2013

bila membuli menjadi kebiasaan

Assalamualaikum and Hi :)

cerita hot ! cerita hot , mai dengaq semua . (awat gaya aku macam kiah gosip je ni)

mesti dah tersebar luas dah cerita ni . cerita pasal sekumpulan pelajar yang membuli ketua kelas mereka . and for now diorang ni semua jadi budak wanted . polis semua pakat pakat duk cari depa . jom jom kita usha sikit video ni


bukan main lagi hampa naa duk belasah anak orang ? awat jadi lagu ni ? hebat sangat ka ceq oih . kalau hebat lawan sorang sorang la . ni dak , pukui ramai ramai . hampa pikiaq dak kalau hampa duk at tempat budak tu . hampa pikiaq dak perasaan mak ayah dia anak dia kena belasah . nanti hampa ada anak baru hampa tau macam mana sedih nya kalau anak hampa kena belasah lagu ni . tulah budak sekolah zaman sekarang . bukan nak kata apalah kan . makan pun mak bapak tanggung ada hati naa nak tunjuk samseng.

hang nak sangat kan masuk juvana jadi lan todak . hang pi la test masuk sekali baru betui gangster tak gangster . hang masuk juvana nanti kirim salam naa kat lan todak . cakap akak ni peminat no.1 dia .

apa pun , respect gila kat mangsa kejadian ni sebab dia sangat la penyabar . kena tibai ramai ramai pun still lagi steady . tak melawan sikit pun . baguih baguih . hang pi report la adik noh . biaq depa ni rasa lagu mana duk dalam juvana .

bagi Anis la . mungkin mereka ada sebab sendiri kenapa buat semua ni . mungkin sebelum ni ada sesuatu yang berlaku antara mereka dengan ketua kelas tu . kita tak tahu . mungkin ada perkara yang ketua kelas tu buat sampai mereka bengang macam ni sekali . mungkin . tapi , kalau bengang sangat pun dik , guna cara lain la . tak payah la sampai pukul macam ni .

lagi satu , yang pandai sangat upload masuk youtube apehal ? pandai sangat kan . kan dah kantoi . satu Malaysia tahu korang buat kerja jahat . tengok video ni , teringat satu kes masa zaman sekolah dulu . tapi , yang ni betul la ketua kelas tu mangsa kejadian . kalau yang kes sekolah tu kita pun tak tahu sapa 'mangsa'.beria sampai masuk tv3 . popular habis sekolah kami , tapi , salah dia sendiri . entah la kan .

okay , melalut pulak bukak cerita lama . ha , jumpa maklumat pasal salah satu pemangsa dalam video ni . siapa yang kenal dengan pemangsa ni sila lah share sebab memang polis tengah cari mereka sekarang ni . atas dasar tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia , meh Anis nak share sikit pasal suspect .

nama dy: IZZAT SYAFIQ BIN ABDULLAH
https://twitter.com/ijatsyafiq
BLOG : http://izzatashadiari.blogspot.com/ 

  http://izzatsyafiqloveeffanadheera.blogspot.com/

BUKTI :  http://imgur.com/gWEINkh

BBPIN : 2A9E01F1

SEKOLAH : SMK TUN HUSSIEN ONN




gambar gambar dia semua ada dalam blog dia tu . bukan main lagi jiwang dengan awek naa dikk oih . sekolah biaq habih dulu pastu baru la kira nak merenyam ke apa ke ikut suka hang la .

tak taw la kenapa kan , dalam banyak banyak suspect , kenapa nama dia sorang je yang naik . kesian , tulah bajet hot sangat . kalau usha fb dia lagi la banyak kata cacian tohmahan . tapi apa pun , Anis nak ingatkan , bengang macam mana pun kita kat dia jangan la pi serang dia lagu tu . budak macam ni kalau kita cakap teruk teruk kat dia lagi dia jadi teruk . ada yang sampai salah kan ibu bapa budak ni . tak payah la duk salah kan mak bapak dia . hampa kutuk kutuk mak bapak dia , cuba hampa pikiaq kalau mak bapak hampa yang kena kutuk . sedih kan ?

apa pun , akak nasihat kan adik adik semua jangan lah buat lagu ni dah . ambik ni sebagai suatu pengajaran . satu iktibar . nilah masa untuk hampa cari pengalaman dan nanti jadi seorang yang berjaya , insyaAllah . yang pentig hampa kena pi mintak maaf balik la kat budak yang hampa belasah tu . nanati jangan melenting kalau ada orang buat lagu ni kat hampa pulak . maybe itu balasan Allah . hampa sekarang ni jangan pakat pakat duk tunding jari sesama sendiri . hampa pakat buat ramai ramai hampa tanggung sendiri . 

p/s : tulih pasal budak budak ni habih tukaq bahasa penang dah .
tak buleh nak twist balik dah guna bahasa biasa . 


salam perdamaian
Cik Anis

Monday, April 8, 2013

menjaga ikhtilat

Assalamualaikum and Hi :)

past few days terbaca satu article pasal ikhltilat .

ikhtilat tu apa ? ikhtilat is hubungan antara lelaki and perempuan . yeah we all knew it right ? menjaga perhubungan is satu kewajipan dalam Islam . bukan nak kata apalah , kadang kadang Anis sendiri pun tak terjaga jugak . kadang kadang terlepas jugak the 'line' yg ditetapkan . well , human being right ? doing mistakes . people live to learn . learn to do mistakes and prefix them .

senang nak cerita macam ni lah



menjaga ikhtilat tidak menuntut kita supaya tidak bergaul langsung dengan jantina lain . tapi , ia menuntut kita supaya bergaul mengikut batasan yang telah ditetapkan . within a 'line' . 

menjaga ikhtilat tidak menuntut kita supaya langsung tidak bercakap dengan yang bukan mahram . tapi ia menyuruh kita menjaga tutur kata , tidak bermanja manja dan menjaga intonasi suara . 

menjaga ikhtilat tidak bermaksud jangan memandang yang bukan mahram . tapi , within a 'line' . 

free sexes mixing is menjaga ikhtilat . 

kalau dah sampai bermanja manja . bersayang abang . ber hunny bunny . ber baby bie . ber mama papa . ber bucuk ucuk . tu namanya mengada ngada . 

hentikanlah semua ini , percaya pada takdirnya . kalau ada jodoh tak kemana . kalau beriya iya bercinta sekarang pun kalau takde jodoh , tetap takde jodoh .

kita merancang . Allah merancang . tapi , Allah sebaik baik perancang . 

bukan satu kesalahan berkawan dengan lain jantina . tapi , again , within a 'line' . kalau setakat perbualan yang berkitar 

"ade link web upu tak ? "
"kau mintak uni mana ?  kos apa ? "
"kalau ada info pasal uni swasta or kerajaan , inform ."
"scolarship dah mintak ?"

is okay rasanya . sebab perbualan macam tu rasanya tak menimbulkan apa apa perasaan kut . tapi more better kalau meminimumkan perbualan antara lelaki and perempuan kut . hati orang kita tak tahu kan . hati kita pun susah nak jaga .

tapi , kalau dah sampai macam ni 

"hai , dah makan ? makan ape harini ? "
"erm , merajuk la macam ni"
"nanak kawan awak"

alahai , mana orang tak terpikat kan ? lepastu bila gaduh pakat pakat duk tunding jari . 

masih belum terlambat untuk berubah . Allah itu maha pengampun . semoga Allah menerima taubat kita :)
hati kita Allah yang pegang . berdoalah semoga Allah lembutkan hati kita . 

Then after that your hearts were hardened and become as stones or even WORSE than in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gush forth, and indeed, there are of them(stones) which split asunder so that water flows from them, and indeed, there are of them(stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do . 
~al-baqarah[2:74] 

sedangkan dengan air batu boleh pecah kerana takutkan Allah . inikan pula hati kita yang lembut yang di bawah kuasa Allah . 




p/s : hanya sekadar luahan rasa . maybe ditujukan pada seseorang . harap awak faham . jangan cari saya lagi  







Friday, April 5, 2013

Impian ku

Assalamualikum and hi :)

well , you know , Anis try la tengok website KPT untuk cuba apply ke JORDAN dan MAGHRIBI after dapat semangat dan inspirasi dari seorang sahabat .

bila baca syarat kelayakan , semua cukup . means , Anis boleh memohon . dengan penuh semangat Anis pun print la dua borang tersebut . dengan semangat yang tinggi di hati ni , Anis tunjuk la borang tu kat umi dan abah . dengan harapan umi dan abah dapat bagi permit untuk Anis ke sana .

but , yang sedih nya , Anis tak dapat ke sana . umi dan abah tak bagi permit . Anis pun tak tahu kenapa . Anis penat fikir . apa salahnya kan ? Anis nak pergi tuntut ilmu kat sana . nak dalami ilmu agama . nak kata ada masalah kewangan , takkan kot . sebab Anis dah bagitahu kat umi dan abah yang kalau nak pergi sana , boleh mintak duit zakat . mintak JAKIM sponsor . tak pun buat pinjaman . even before this , umi suruh Anis apply satu kolej swasta yang yuran nya lagi mahal dari yuran ke Jordan .

I really did not understand kenapa umi ngn abah tak bagi Anis ke sana . takkan mereka berat hati nak lepaskan Anis ke sana ? selama ni Anis duduk asrama 5 tahun , okay je .

ya , asrama yang terletak nya kurang dari 1km dari rumah kami , dan boleh katakan tiap tiap minggu umi dan abah datang melawat . erm , tapi , ia masih dikira asarama kan ? heeee

sedih sangat malam tadi . menangis tak berlagu . sedih sedih sedih . last last ambik fon then mengadu kat fadz , aima dan .... ucu .

ada 3 pendapat berbeza

FADZ 

anis : weh fadz , ak nk pi jordan tp umi tk bg . sedih gila weh . rasa nk nagis skang .

5 minit kemudian . *lambat pulak budak ni balas mcg*

fadz : haaa ? who is this ?

anis : ni sapa ?

*ruapanya tersalah send mesej . aduih , ni kes parah . so , tak jadi nak mintak pendapat fadz memandang kan dah tersalah send mesej .* sila jangan gelak . 

AIMA

anis : Aima , ak sedih , ak nk try mintk jordan or moroccow , tp umi ngn abh ak tk bg . ak nk pi sana . ak nak . sedih la aima ....

dan aima , macam biasa sebagai seorang kawan merangkap tunang ( -_-) yang sangat prihatin , menunjukkan sikap caring dia kat Anis .

aima : ak call ko now . nak ?

anis : tkpela , esok ak call ko . mak ayh ak dh tdo nw . malas nk kacau dorg tdo . esok ak call ko . janji .

aima : ok2 .. ko da try pujuk ? ne taw mak ko lmbt aty nak kasi . ko da borang ke ?

anis : ak dh print dh borg tu . ak tk tw la nk wat camnedh . ak tk pujuk lg . td ayh ak suruh apply form6 . ayh ak suh mintak dkat2 je .

aima : ko try pujuk dlu .. lau dpt .. t sai dokumen2 yg borg2 uh mnx.ko tnye r shu . dy wat camne . tak un tnye dak2 yg crmh timur tgh at taayah ri2 .  f6 2un ko apply je.. ko g ke x .. 2 blkg kn dulu .

*thanks aima . sebab tolong redakan perasaan aku*

UCU

ucu is my younger uncle . now 20 , studying at UTM  KL . hurm , dulu rapat sangat dengan beliau . sejak dapat result SPM ni , selalu mengadu la kat beliau .

anis : ucu , teringin nk pi blaja agama kt jordan . syarat kelayakan cukup blake dh . tp umi ngn abh dop wi gi . sedih dop tw nk wat lagu mano doh .

ucu : it's okay , ikut je la ui n abah ckap .. x pyh nok sedih sgt . xbaik .


so daripada tiga orang yang Anis rujuk ni majoriti nya suruh Anis ikut kata umi dan abah . and bangun pagi tadi , Anis dah fikir masak masak . Anis dah ada keputusannya .

here is it

maybe ada sebab tertentu kenapa umi dan abah tak bagi Anis pergi sana . sebab yang Anis sendiri tak sure . kalau fikir balik , yeah , umi and abah , are adult , so diorang terlebih dulu makan garam . mesti diorang ada a great sense yang membuat kan hati diorang merasa tak sedap untuk membenarkan anis pergi sana . mungkin juga , ada rezeki lain yang lebih baik untuk Anis . Anis dah terima seadanya .

ya , pergi belajar ke Timur Tengah memang satu impian Anis . tapi , macam Allah kata dalam surah al-Baqarah :

boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik untuk mu . dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk untuk mu . sesungguhnya Allah maha mengetahui . 

so , chill and wait for the hikmah . semoga dengan tertutupnya pintu rezeki Anis ke sana akan membuka pintu rezeki Anis di tempat lain pulak . aminn . kepada kawan kawan yang ada peluang nak sambung ke sana , gunakan lah peluang seadanya . siapa yang nak borang ke timur tengah boleh kilik kat KPT dan JORDAN or MOROCCOW kat atas . siapa nak borang ke mesir untuk buat medic , boleh pegi kat KPT .

salam cinta jordan
cik Anis

Wednesday, April 3, 2013

birthday girl

Assalamualaikum and Hi .

Third April . birthday one of my bestie :) . dia sangat cute . sangat cun . semua orang mengagumi kecunan beliau . sangat hot dan cantik bergaya . disayangi ramai tak kira peringkat umur dan lapisan masyarakat . sebaya . tua . MUDA . kanak kanak . bayi . semua menyayangi beliau .

cantik kan kawan saya ni :))


dia juga seorang kakak penyayang . seorang anak yang taat . seorang sahabat setia . seorang pelajar berdedikasi . seorang mujahadah islam yang pentingnya .

okay , cukup merapu .

Siti Nur Shuhadah Ismail . Anis sayang kamu .




shu , aku nak ucapkan selamat hari lahir . happy eighteen day . may Allah bless . shu , tahniah sebab dapat tawaran my medic2u tu . sangat jealous hakikatnya . semoga kau berjaya kat sana . semoga kau berjaya di mana jua kau berada . semoga cepat jumpa jodoh , aku doakan yang terbaik untuk kau . semoga dijodohkan dengan orang yang pandai menghargai :3 . semoga dikurniakan cahaya mata yang soleh solehah . ameen . semoga ukhuwah kita berkekalan till jannah sayang :)






shu , aku rindu sangat . rindu nak dengar cerita kau . rindu nak sembang dengan kau . rindu nak usik kau . rindu nak kena usik dengan kau . rindu nak kena cubit dengan kau . rindu nak basuh baju dengan kau . rindu nak makan dengan kau . rindu nak speaking kelantan dengan kau . rindu nak study dengan kau . rindu nak berlawak dengan kau . rindu semua nya . kenangan kita bersama masa form5 takkan aku lupakan . even di dorm V or dorm M .

even kita baru je rapat masa form 5 , aku rasa kita sangat dekat . macam kita dah rapat dari dulu . aku nak kau tau yang ak sokong semua yang kau buat . aku sokong yang terbaik untuk kau . aku sayang kau :)

till jannah insya Allah :)

salam hari kelahiran 
Cik Anis