Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Wednesday, January 1, 2014

DuaKosongSatuEmpat

Assalamualaikum and hey there wold :)

Dalam masa kurang setengah jam dari sekarang, 2013 akan menamatkan riwayat nya. Ecewah, gaya cerita penglipur lara dah aku ni. Haha.

Well, setiap yang kita lalui dalam dunia ni pasti membawa seribu satu kenangan. Ada masa kita jatuh, ada masa kita bangun. Lumrah hidup. Baru lah hidup kita rasa menarik. Kalau sama je plot kehidupan kita, tak best laa kan. Tak mencabar kata orang.



2013 tahun yang sangat mencabar bagi aku. Kalu difikirkan balik, rasa macam tak percaya je yang aku boleh hadapi semua dugaan ni. Hidup je. Tak mati pun.

Betul lah kata Allah,

"Allah takkan menguji seseorang itu melainkan atas kemampuan nya." [Al baqarah : 233]





Yang penting, kena sentiasa yakin dengan Allah. Yakin dengan setiap musibah yang ditimpakan pasti akan membawa kebaikan yang lebih baik. Kena selalu bersangka baik dengan Allah. Sebab Allah dah pesan kan.

"Aku ini berada dalam sangkaan mu. Maka berfikirlah apa yang engkau mahu fikir"

"Dan kami uji mereka dengan kesusahan dan kesenangan sebagai ujian, dan kepada kamilah semua di kembalikan" [Al zukhruf : 48]



Senyum.

Allah uji kita sebab Allah sayang kan kita. Dia rindu nak dengar rintihan hamba-Nya. Dia uji kita untuk kita datang mengadu kepada-Nya. Semua orang melalui ujian masing masing. Dan samada untuk menghadapainya secara positif atau secara negatif, pilihan tu terletak di tangan kita.

Sentiasa positif dengan setiap apa yang berlaku. Percaya dengan hikmah Allah :)

Akhir kalam,

Tajdid niat, pasakkan azam, teguhkan semangat, semoga lebih berjaya di hari mendatang. Selamat Tahun Baru 2014. Moga lembaran baru dibuka dengan penuh barakah :)


Kejar matlamat utama, capai cita bahagiakan umi abah. Bina fardu muslim, baru baitul muslim :)

Salam sayang,
Anis Fatihah.