Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Saturday, June 9, 2012

berubah lah demi insan tersayang

Assalamualaikum..
daripada meng'online' di laman sosial facebook sebentar tadi rasa terpanggil untuk melawat blog sendiri..jam 7.10..saya terfikir utk menulis..idea yang datang hasil daripada terpandang kepulan asap rorkok ayah saya.Ya!ayah saya seorang perokok tegar..dan saya sebagai seorang anak nya yang prihatin semestinya berasa sangat risau dengan situasi ini..

saya sendiri tidak pernah tahu kenapa,bagaimana dan di mana ayah saya boleh mula merokok..mungkin pengaruh rakan sebaya.tapi hanya yang saya tahu-->seperti kata ibu saya sebelum khawin lagi ayah saya sudah mula merokok.mungkin dahulu bagi saya perkara ini adalah normal bagi seorang lelaki utk merokok.saya sendiri pun tidak pernah terfikir untuk bertanya kenapa ayah saya merokok.tak berani.apatah lagi untuk bagi nasihat.lagi tak berani.

sekarang.saya seorang gadis 17 tahun.dan,ayah saya masih MEROKOK!ibu saya sering merungut kepada ayah saya dan menasihati ayah saya untuk berhenti merokok.haisl nya---zero!mungkin ayah saya telah berusaha.mungkin akibat terlalu lama merokok ayah susah untuk berhenti..segalanya mungkin...

saya mula risau tentang hal ini ketika saya di tingkatan 3..ketika itu kami sedang belajar chapter Respiration dalam subject Science.bila cikgu sc kami menunjukkan gambar paru-paru seorang perokok berbanding paru-paru bukan perokok..ketika itu satu sja yang saya ingat--->ayah saya.padah merokok yang cikgu tersebut tuturkan bagaikan awangan dalam minda saya dan otak saya tidak berhenti memikirkan ayah saya.sungguh saya risau.saya tak mahu ayah saya pergi dahulu..entah lah..saya tahu saya masih belum cukup kuat untuk menegur ayah saya.dari detik itu lah saya berazam untuk berusaha sungguh supaya cemerlang dalam PMR dan hanya satu yang saya akan minta pada ayah saya ..--->berhenti merokok.

dengan berbekalkan iltizam yang kuat supaya ayah saya berhenti merokok,kerana risaukan kesihatan ayah saya..akhirnya Allah permudahkan urusan saya untuk berjaya dalam PMR..tapi..saya masih belum punya kekuatan untuk meminta permintaan tersebut...dan hingga kini ayah saya masih tidak tahu hasrat murni saya itu

kini sebagai seorang pelajar kelas science..dala biology sekali lagi saya bertemu dengan prosess respiration yang rosak kerana ROKOK!saya sangat kenal keburukan sebatang rokok.dengan kandungan nicotine , carbon monoxide,dan titisan racun tikus yang boleh membunuh membuatkan saya semakin risau tentang ayah saya..

cuma harapan saya.ayah saya berubah.mungkin bukan kerana teguran seorang anknya kerana anaknya tidak mungkin mampu untuk menegur beliau.cuma saya terlalu berharap agar ayah saya berhenti merokok.kerana saya tidak mahu kehilangan ayah saya di umur kami adik beradik semuda ini.kerana saya tahu sangat keburukan sebatang rokok..dan yang paling penting...kerana anak mu ini SANGAT MENYAYANGI MU..
dan saya juga berharap..rakan-rakan di luar sana jika anda merokok..tidak terlalu lambat untuk berhenti daripada tabiat merosakkan ini..mungkin ianya susah tapi kita mesti memerlukan usaha yang sangat kuat untuk itu kan?jangan tunggu sampai anda dewasa untuk berhenti...ingat lah hati orang orang yang disayang serta orang orang yang menyayangi anda.fahamilah hati hati ini..