Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Thursday, November 28, 2013

Pangkor




Assalamualaikum and Hey there world.

Jam 12.49 pagi, mata masih tak boleh nak terpejam dan akhirnya laptop dibuka kembali. Laman blog dibuka. Akhirnya, buat decision untuk menaip lagi. Dan bilajarikumenaip menjadi mangsa lagi buat aku menghilangkan bosan. :D

And now, rasa macam nak buat entry pasal percutian kat Pangkor haritu. Actually tak plan pun nak pergi sana. Just a last-minute-plan yang diusulkan oleh pakcik aku dan keluarganya yang datang dari Melaka. Mula mula ingat tak jadi sebab pagi pagi tu hujan. Tetiba around 10 macam tu hujan berenti. So, macam benda yang tak di plan pun, terus je siap dan, pergi.

Happy laa weh, dapat berjalan. Maklumlaa, kami ni keluarga busy. Jarang sangat dapat peluang berjalan dengan family macam ni. Very the seldom. Jarang sangat nak spent time bercuti. Paling paling pun balik Kelantan. Huuu~ Yelah masa kecik kecik, tak buleh berjalan. Setiap tahun ada je adik kecik. Umi pantang laa. Haha. So kena laa duduk dalam rumah sampai adik besar. Bila dah besar sorang, keluar sorang lagi pulak. Haiyaa. Orang kata apa, rezeki kann.

Bila dah besar pulak, tiap tahun ada je orang periksa besar. Orang tu tuisyen la, orang ni kelas tambahan la, orang lain SPM laa orang lagi satu STPM la. Macam macam. Takpun umi and abah pulak busy keep in markah PBS. Nyusah betul laa sistem PBS ni.

So, bila dah ada peluang ni, apa lagi memang betul enjoy la. Masa ni laa pun nak ketatkan kan segala hubungan yang dah longgar longgar sebelum ni. Yelah, masing masing duduk asrama. Bila orang ni balik orang tu tak balik. Jumpa masa betul betul cuti panjang je la.

So, this is bonding time. Really making a sense. Thank you to Uda and family yang bersungguh sungguh nak ajak ke Pangkor. Thanks also sebab ceriakan rumah kitorang yang dah sedia havoc. And send my flying kiss to the little angel, Zafirah. Oh, I'm starting to miss her even baru berapa jam je pisah :')



Masa ni tengah tunggu feri. Mula mula kitorang plan nak naik yang pukul 12 punya feri. Last minute jugak, tetiba Mak Uda got a nature's call. So, delay laa feri tu. Kena la tunggu sejam seterusnya.

si kembar posing

saya pun ada sunglasses juga ;)


 
macam sama tapi tak serupa kan?


masa dalam feri
Kitorang sampai kat jeti adalah dalam kruang lebih pukul 2. Solat zohor dulu. Senang nak berjalan.


gua memang tak pandai nak selfie

Tempat pertama kitorang pergi ; Kota Belanda. Yang aku tahu, Kota Belanda ni dibina oleh penjajah kita dedolu sebagai tempat penyimpanan biji timah. Then tempat ni bertukar jadi kubu lepas rakyat Perak bangkit nak lawan penjajah. Lepas tu, Kementerian bina balik tempat ni, and mark it as one of historical place in Malaysia.

Kota Belanda

my new boyfie. ecehhh

Mak Uda with her Zafirah


Pasangan bahagia bersama anak masing masing HAHA



time untuk anak anak dara Ust Duyamin melaram!

dah konfius mana satu anak mana satu mak




And bila tengok gambar ni sumpah rasa nak tergelak. Masa tu

Abah : Ayong jangan duduk situ.
Aku : Dah kenapa abah?
Abah : kalau letak ayong kat dalam tu, kompem tak berlepas meriam tu.

 Ayat abah mengingatkan aku kat someone yang selalu jugak cakap macam tu kat aku. Hahaha. And the rest is history.

Lepas tu kami dibawa pusing Pangkor. Then dibawa ke pulau pulau. Kami diberhentikan di tepi pantai. Ape entah namanya pantai ni, lupa pulak aku. Teluk Dalam rasanya.




si kecik ni excited nak mandi

ewahhh

tunggu bebudak mandi, gua take over budak kecik ni



Muka muka yang bakal jadi ibu mithali #Cewahh

Lepas bebudak tu naik dari laut, kitorang bersiap laa nak balik. Sekejap je pun. Nak balik tu singgah Tesco dulu. Makan, Asar dan shopping. Tepat maghrib, dah sampai rumah. Even sekejap, puas dapat together ngn siblings. having good bonding time there.

peneman aku di tepi pantai.

And the rest is history. Hoping this will be ever lasting. I Love My Family. 

Lots of Love
Ayong <3













Wednesday, November 27, 2013

Sem one ended.

Assalamualaikum and Hai :)

MERDEKA! Alhamdulillah, sem one ended. Tanggal 25 November 2013 tepat jam 12.30 tengah hari, aku, Azwi dan Jibam merdeka bersama. Eh, tertinggal. Ijat pun merdeka bersama kami. Heee.

Lega sangat rasanya. Lantak lah apa nak jadi pun. Yang penting jangan berhenti berdoa. Kita tak tau kan apa yang akan jadi. So, doa bebanyak semoga dipermudahkan segala urusan.

So, hows the feeling? Confirm rasa macam nak meraung kat semua orang yang "AKU DAH MERDEKA" kan kan kan. Tak pun rasa macam nak bakar semua buku buku. Orang dah merdeka kan.

Relaks brader relaks. Benda boleh bawak bincang kan. Haha. Ape kata kalau kita gantikan rasa merdeka kita tu dengan sujud syukur pada-Nya despite of terpekik terlolong nak show off yg kita dah merdeka. Syukur pada-Nya sebab kalau tanpa Dia, takdenye kita berjaya tahap ni. Tak ke?



Teruskan berdoa teruskan berdoa. Put your trust on Him. He knows best for us. Bersyukur selalu atas apa yang dikurniakan-Nya. 
  • Rasa syukur membuatkan hidup kita jadi indah
  • Rasa syukur membuat yang sikit menjadi cukup dan berkah
  • Rasa syukur membuat kita sentiasa menghargai apa yang kita miliki.
And, aku bersyukur sangat punya kawan kawan yang sentiasa tanpa henti bagi moral support kat aku. Sentiasa ada masa aku susah senang. Sentiasa memahami aku. Terimakasih sahabat. Tanpa korang, tak tau laa aku dapat bertahan atau tidak. 

Thanks, Pae, kau bukan sekadar kawan. Kau lah kakak aku. Yang sentiasa faham perasaaan aku. Kau boleh baca perasaan aku macam kau baca buku teks seni kau. Kau boleh faham fikiran aku hanya dengan tengok muka aku je. Kau sentiasa sabar dengan perangai aku yang macam budak separa matang ni. Terima kasih Pae. Jadi kawan aku since kita form one sampai sekarang. Dari zaman taiko SARJANA sampai ke Kak Yong SEMARAK. 

Puteri, Aten, Azwi, Rohayu, Yana, Rina, Asilah, Manje, Zira, Fani, Pipah, Suliza, Hajar, Atun. Terimakasih sebab selalu tolong aku. Terimakasih sebab jadi kawan yang baik untuk aku. Terima kasih terimakasih. Terimakasih sebab sudi terima aku sebagai kawan korang :) 


L.Y.L.A.S



Buat semua kekawan Sem1 UPTES, terimakasih, bagi kenangan terindah buat aku. Rasa syukur sangat dapat kenal korang. <3

for the boys, Azha, Adam, Tommy, Cicak, Nyot, Jibam, YB, semua laa yang selalu buat hidup aku macam tunggang terbalik. Terimakasih korang. Haha. 

#Azha, cuti ni jangan main kat luar banyak sangat, nanti aku tak dapat nak beza mana satu kau mana satu tar jalan. wkakaka. sori sori, gurau gurau :3

okay, thats all, just nak lepas perasaan sempena kemerdekaan. Moga dipertemukan lagi.

Mencari redha Allah
Kak Yong :)






Sunday, November 17, 2013

Ini tentang masa depan

Assalamualaikum and Hai :)

Pejam celik pejam celik pejam celik, dah pun nak sampai ke penghujung semster satu. Percaya ke tak? Percaya ke tak? Heeee, masa pun dah semakin suntuk. Masa yang tinggal gunakan sepenuhnya.

Selagi masa masih ada, pulun. Jangan mengalah. Jangan down. Jangan putus asa. Allah tu Maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui. Dia nampak semua usaha hamba-Nya. Dia dengar semua doa hamba-Nya. Dia tahu semua tujuan hamba-Nya.

Doa doa doa. Selagi masih ada waktu teruskan berdoa. Sebab kita merancang, Dia merancang, tapi Dia sebaik baik perancang. Mungkin Dia tak bagi kita kejayaan sekarang tapi dia bagi kejayaan kat kita suatu hari nanti. Keep on believing His path. Dia takkan uji hamba-Nya melainkan atas kemampuan mereka.

So, teruskan study study study. Allah nampak usaha kita. Allah takkan sia sia kan hamba-Nya.

study study

And, for all kawan kawan seperjuangan STPM semester 1, semoga kejayaan milik kita bersama. Semua usaha kita akan ditentukan dalam masa beberapa hari lagi. Usaha dan terus usaha. Doa banyak banyak kepada Yang Maha Kuasa. Dia yang berkuasa atas segalanya. Doa, Usaha, Ikhtiar dan tawakkal. Jadikan sebagai prinsip kita. Ampun maaf dipinta atas segala kesalahan. Semoga ukhuwah terus berpanjangan.





Last, "Allah will not leave you empty. He will replace whatever you lose. If he asks you to put something down, it's because He wants you to pickup something greater."



"When you stop dreaming a PRINCE and put Allah as a KING in your heart, He will help you to complete your fairytale"
~takde kene mengena dengan topik~ tapi takpela, asalkan memberi pengajaran :D .

Semoga berjaya semua.
Salam sayang
~Kak Yong~






Tuesday, November 5, 2013

Salam Pengakap



Assalamualaikum and Hai all :)

Last two weeks, aku and kekawan baru je menjalani Kem Pentarafan Pengakap Kelana. Setelah mengalami bermacam macam dugaan dan cabaran, akhirnya, Kelana berjaya juga ku perolehi. hehe.

Team member yang cukup sporting. Kitorang sentiasa bersepadu even sedih tak cukup ahli. Kitorang cuba jugak buat yang terbaik. Kumpulan 1 terbaik. ~Cicak, Ayong, Biha, Manje, Lina, Farhana, Rosmah~

Jom kita tengok apa yang kitorang lalui sepanjang kem ni.

#First Day

Mula mula sekali kitorg kena kawad one by one and kena baca Persetiaan Pengakap dan Undang undang Pengakap. Sorang sorang kayy. nervous tau.

amacam ada bran? 

shaking kayy.

next, lepas baca persetiaan pengakap dan undang undang pengakap etc, kitorg disapu pula dengan masker super best yang hand made dari campuran lumpur dan sirap. hoho, tak cukup dengan itu, kami disuruh pula minum tiga jenis minuman yang sangat membuatkan kesihatan anda terjamin iaitu : kopi tanpa gula, air garam berkepekatan tinggi, dan air gula berkepekatan tinggi juga. 

semad masker!




masih boleh tersenyum :)

Ehhh?

jambatan goyang goyang #Ehhh?

bila dipaksa minum air2 tadi




then, kami menjalani istiadat pengakap seperti biasa. lepastu, kami disuruh menjalani aktiviti Rempuh Halangan. perhh, memang super mencabar. tapi takpe, orang kata "Pengalaman manis susah dicari". macam pengalaman nilah. memang susah nak cari, tapi memang manis laa. dah tak tau ape aku merepek, jom kita usha gambar :)

banyak halangan yang kitorang kena rempuh, tapi dalam banyak banyak tu, halangan ni lah yang paling banyak gambar. aku pun tak tahu lah kenapa. takde hal lah, lets check it out!

nilah hasilnya mandian kami

elelele sukanya bila dia ceria


nilah gambar paling special :D

ehh, takdehal lah



terbaik wokkk



saya sayang aten saya :*

cicak!


Papa Ca'a

amacam? ada bran? memang pakej pengakap sediakan untuk kami. pakej rawatan muka dan lulur badan. terbaik lah pengakap. hoho. 



#Day Two.

Kami diarahkan untuk duduk dalam team dan bekerjasama memasang khemah. ~okay, abaikan ayat skema aku~ 


Kumpulan 1 yang Bahagia


terlebih ahli pula

okay, saya single

dua dari kiri tu menyibuk :D

KAMI 

manje, ayong, dan biha



jangan tanya kenapa gambar semua kebanyakan nya orang sama je. ni gambar kami, sukahati kami lah. jangan banyak langsi :D

Malamnya, ada pertandingan masakan rimba. Kitorang kena masak nasi dalam buluh, BBQ, dan kami hanya dibekalkan dengan sebatang buluh, beras, telur, dan kentang. bahan untuk BBQ sponsor snirik. Api semua kena hidupkan sendiri tahu. Bukan senang nak cari kayu api lagi, nak jaga api tak bagi besar sangat.Lap peluh. Takpelah, kita belajar cara opah kita masak nasi dedolu.

Ada gaya!

Lepas sesi masak memasak ketuk ketuk dapur hangus tu, kitorang ada malam kebudayaan. tapi, sori untuk sesi kali ini, takde gambar disediakan. aku pun tak tahu nak cilok gambar kat mana dah ni. hehe. Malam kebudayaan tu memang best. Kumpulan kitorang memang buat persembahan super spontan punya. memang idea last minute punya. 

Lepas malam kebudayaan, kami divirgilkan. Virgil ni lebih kurang sama la macam masa hari pertama tu. kami sorang sorang ditanya pasal pengakap. Cuma bezanya kami ditutup mata dan diletakkan berseorangan tengah malam buta. Tapi nak menunggu turn disoal tu, Ya Tuhan, seksa nya laa. dengan nyamuk nya, orang mengacau nya. macam macam soalan tanya. and, terimakasih pada junior kesayangan ku yang mencipta plan paling kejam untuk aku :') .. kenangan yang pasti takkan ku lupa.

Lepas sesi soal menyoal tu dijalankan, kami dibawa pula berkumpul di dataran dan menjalankan istiadat penerimaan sijil. perhh, masa ni cuak sebab kena kawad depan orang ramai. kena tabik hormat depan orang ramai. kena baca persetiaan pengakap depan orang ramai.

Tapi Alhamdulillah lepas jugak. 

#Day 3 

Hari penutup. Penyampaian hadiah, dan balik.

And now we're officially a KELANA TEAM :) 




Credit to :   1. tuan gambar ( Cikgu Fatinul, Nabihah Lyha, Mohamad Hidayat Ahamad )
                  2. Cikgu Shaarani yang sentiasa menjaga kami
                  3. Semua pihak yang terlibat dalam kem ini
                  4. Rakan rakan seperjuangan ~kenangan seperti ini pasti susah untuk berulang kembali.
                  5. Specially for Kumpulan 1 :)

salam sayang
~Kak Yong~