Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Saturday, August 25, 2012

cantik tak profile pic saya??

Assalamualaikum,
semoga hari anda ceria bersama senyuman :)
hm,tadi,khaulah tengah boring boring tuh,bukak lah account facebook sekejap (cewahh sekejap lh sgt kn)
boring tak tahu nak buat apa,chating dengan kawan hati kering tuh pun buat sakit hati jer,hehe(jgn mrh boss)
then,belek belek lah status orang kat news feed,alah,macam korang tak pernah buat kan?haha,then nak dijadikan cerita,kahulah terbaca satu status yang di post oleh salah seorang friend khaulah

okay,status nya berbunyi begini :

Assalamualaikum. Kawan2 Semua, Jom Padam Gambar Kita Di FB Sama Ada Tak Menutup Aurat Atau Tidak. Kan Tak Sopan Dipandang Oleh Lelaki Yang Bukan Mahram Bila Seorang Muslimah Itu Berposing/Bergaya Dan Membuat Muka Yang Comel. Bila Kita Bernikah Nanti Kan, Mesti Nak Jodoh Yang Baik & Soleh? So, Jadilah Muslimah Yang Baik Jika Inginkan Muslim Yang Baik. Kan, Lebih Sopan & Baik If Kita Letak Gambar Kartun, Kucing, Bunga / Gambar Yang Baik & Sopan. So, Mulai Sekarang Ini Ubah Profile Picture Kita Menjadi Gambar Yang Indah & Sopan. Lepas Tue, Lebih Baik Upload Gambar Yang Baik Bukannya Gambar Kita Yang Berposing. ^_^

p/s: KECANTIKANNYA SEORANG MUSLIMAH HANYA UNTUK SUAMINYA SAHAJA.

  macam nih lah status tuh.hmm,tiba tiba khaulah rasa terpanggil untuk meng 'elaborate' kan status nih,cari punya cari,khaulah terjumpa lah satu entri dkt blog Az zriyat,and daripada entri tersebut lah memberi khaulah inspirasi untuk menghuraikan isu kita pada hari ini.mari kita lihat hasilnya :)
Semakin hari semakin banyak orang berdakwah dan  melalui Facebook,daripada gambar-gambar perempuan bebas untuk dilihat kini banyak daripada mereka telah memprivatekan gambar tersebut hanya untuk tontonan orang orang tertentu sahaja,satu tepukan untuk kalian. Lelaki? Tak perlu rasanya sebab jarang benar perempuan intai Facebook lelaki.

Sebelum khaulah cerita tentang Profil Picture khaulah,khaulah ingin berkongsi satu nasihat buat kawan kawan semua. Ketahuilah,jika data peribadi dimasukkan terlampau lengkap di Facebook seperti tarikh lahir,no telefon,alamat rumah dan nama penuh,penjenayah mampu membuat kad kredit atas nama anda dan dia mampu menggunakannya walaupun sebulan,berhati-hati.
Balik pada isu gambar. Alhamdulillah,ramai sudah privasikan gambar mereka daripada senang-senang dilihat oleh lelaki ajnabi dengan tidak meletak gambar sendiri. Ya,kalau motif anda guna Facebook untuk berhubung dengan kenalan-kenalan lama, masih perlukah mempamerkan gambar,bukankah mereka sudah kenal anda dengan wajah anda?
Namun baru-baru ini kelihatan budaya meletak gambar artis sebagai profil picture kian menjadi-jadi. Apa yang merunsing dan menyakitkan hati khaulah,banyak gambar artis-artis korea yang tidak menutup aurat dijadikan profil picture. Bukan kerana khaulah cemburu,lansung tak. cuba renungkan bersama,apakah hukum menonton filem lucah?
Haram?
Ya,menonton filem lucah adalah haram,bagaimana pula dengan mempertontonkan filem lucah kepada orang ramai? Hukumnya sama,haram bahkan lagi ramai orang tengok, lagi banyak dosa yang kita dapat.Walaupun bukan kita yang berlakon mendedahkan tubuh dalam file tersebut, tapi mempamerkan aurat orang lain kepada orang lain adalah haram di sisi Islam. Jadi apakah hukum menjadikan gambar-gambar artis korea yang tidak bertudung sebagai profil picture?
Walaupun mereka bukan Islam?
Ya,walaupun mereka bukan Islam,aurat tetap aurat jadinya mendedahkan aurat mereka kepada orang ramai juga adalah dosa cuma bezanya bentuk dosa itu. Katakan dosa mendedahkan aurat berbentuk kambing,dosa mendedahkan aurat orang lain berbentuk gajah. Dua-dua adalah dosa dan kambing atau gajah,dua-dua ke neraka sebelum masuk ke syurga.
Lelaki boleh?
Lelaki atau perempuan,sama hukumnya,Islam bukan agama berat sebelah,yang salah tetap salah. Ayuh berubah,masih tidak terlambat,Allah belum tarik nyawa kita,buangkan segala gambar yang mendedahkan aurat,tak kisahlah aurat kita,aurat kawan kita atau aurat idol kesukaan kita. Jangan jadikannya dosa berantai. Kita kan nak masuk syurga tanpa hisab,kan? ^^
 so,apa pendapat kawan kawan??jangan risau Allah itu Maha mengetahui,Dia tahu hamba-Nya sentiasa inginkan perubahan,Allah juga maha pengampun,jadi,sebelum terlambat.,jom sama sama ubah!
gambar gambar ni khaulah bawakan special untuk kawan kawan,sama sama lah kita ubah :)
nih diaa special dr ustaz don danial

 

Friday, August 24, 2012

vanilla coklat

assalamualaikum,
ape khabar kawan kawan??semoga hari ni lebih baik dari semalam,
alhamduliLlah,setelah apa yang khaulah lalui semalam,hari ini khaulah masih buleh tersenyum.masih kuat :) sebab khaulah ada Allah dalam hati,untuk saya mengadu segala problems :)

now,saya nak cerita ...since several months ago,member2 saya selalu lah kan cerita pasal drama vanilla coklat yang dorg suke sgt tuh.tapi,bagi saya,saya x pernah suke pun cerita nih sebab sebenarnya saya tak pernah tengok pun cerita nih.haha.tapi,for me lah kan jalan cerita nih sama jer macam novel novel yang memaparkan jalan cerita yang sama ----->kawen atas pilihan keluarga > gadoh >baik >jatuh cinta >then,bahagia.humm,biasa sangat kan??

tapi,first time saya tengok serita nih waktu hari raya pertama for Vanilla Coklat Raya.from that lah,I'm fallin love with this drama,huh..memang tak tipu lah cerita nih buleh buat saya gelak,menangis dan happy balek macam tuh je.

and this is from me,the best Vanilla Coklat Raya
and from this story lah kan,apa yang saya buleh simpulkan lah kan,jangan lah khawin dengan lelaki sebaya,dua dua sama ego,dua dua sama nak menang,and nih lah hasil nya,bende kecik pun buleh gaduh besar kan?lelaki memang jenis susah yer nak paham ape yang perempuan buat?macam amir,susah nak paham ape yang zara buat semua untuk dia,zara berubah untuk dia,bukan nak hargai tapi di marah pulak kan?haih,zara merajuk bukan nak pujuk,hmm,tuh yang payah khawin sebaya,sama keras kepala.
tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan?

okay setakat tuh jer hari ni.semoga bertemu lagi :)

terus berjuang,
Khaulah Azwar :)

Thursday, August 23, 2012

tolong sedar ak kat sini!

fine!aku sedar aku siapa!aku bukan siapa siapa dalam hidup kau kan?


and this is specially dedicated to someone who did not realize that I am loving you since a long time ago.

memang saya dah kuat pun . saya rasa saya dah boleh teruskan hidup dengan hepi tanpa memikirkan awak . saya dah boleh trima awak dengan orang lain walaupun belum sepenuhnya . saya sudah mula maafkan awak . tapi, kadang kadang, datang juga hari yang saya asyik terfikir kan awak, terlalu rindu kan awak , dan hati jadi sakit terfikir fikir kenapa awak sampai hati buat hati sy begini . bila hari macam tu datang, memang saya rasa selemah lemahnya . tp, sy percaya, esok masih ada dan esok adalah hari yang baru . dan, dengan setiap hari yg saya lemah tu, sy akan jadi lebih kuat , sehingga satu hari nanti, saya hati sy akan kuat sepenuhnya untuk hidup tanpa bayangan awak :)

and I am sure I can trough out my life as I am a strong girl.

and this is how I face this ....

dan sekarang saya sudah buleh menerima hakikat.terimakasih awk,sebab ajar kite pengalaman nih,pengalaman yang bakal bagi kite pedoman untuk panduan selamanya.
saya harap saya dapat adam yang lebih baik dari awak,sebab saya bukan ditakdirkan untuk awak dan
begitu lah sebaliknya,

bersama-Nya saya lebih kuat,

terus berjuang,
Khaulah Azwar..




OH MY ENGLISH

Assalamualaikum,apa khabar kawan kawan??smoga hari hari anda diisi dengan perkara perkara yang berfaedah  :)
hari ini khaulah rasa terpanggil nak share dgn anda semua satu program ilmiah yang khaulah rasa sesuai untuk semua peringkat umur..kalau kat rumah khaulah nih,kitorg sumer suke sangat tengok program ni,sampaikan adik adik khaulah yang 3 tahun tuh pun berminat dengan cerita nih..

okay disini khaulah kenalkan  OH MY ENGLISH!!!!
kawan kawan mungkin biasa tengok iklan program ini di tv kan???cuba lah menonton,tak rugi pun sebab ianya sangat bermanfaat.lagi lagi buat kawan kawan yang sedang mengasah senjata untuk ke medan peperangan SPM.it's very very very helpful..try it..

cari di channel 610 
barisan pelakon yang funny!
macam macam ragam student in 3 amanah
and you guys can check them out at www.astro.com.my/ohmyenglish/
for more details bout them and you may learn from that :)
akhirulkalam,pastikan setiap apa yang kita lakukan buleh membawa manfaat pada diri kita,orang lain dan semua orang.hehe.
terus berjuang,Khaulah Azwar :)

last from me :)
 
the best series of OME..

stay up!!

assalamualaikum,
apa khabar kawan kawan???sihat??apakah pagi anda ceria hari ini???sudah semestinya!
okay saja nak cerita nih,semalah khaulah stay up for the first time nya at umah nenek nih.
asalnya ade member mintak tulong buatkan blog dia,dah alang alang sampai pukol 2 pagi buat blog,khaulah terus stay upa baca buku sampai pukul 4 pagi..baru tido
dan hasilnya..............pagi yang sangat ting tong..haha
rase macam kosong.tapi khaulah masih buleh tersenyum sebab khaulah dah berjaya siapkan blog member khaulah tuh.kawan kawan buleh melawat dia di
http://adibafifi1046.blogspot.com
okeh ...kepada kawan kawan,khaulah nak pesan nih,jangan amalkan selalu tidur lewta malam,buleh menjejaskan kesihatan.heheh

    
nanti macam nih lah jdik nyer
nanti hidup pun jadik x produktif
itu saja khidmat pesanan nasihat dari khaulah azwar pd hari ini,semoga hidup anda lebih ceria dari sehari ke sehari
selamat berjuang :)

Wednesday, August 22, 2012

seindah nama

assalamualaikum wrt,
mungkin selama ni ramai yang tertanya tanya,kenape nama Khaulah Azwar menjadi pilihan saya sedangkan saya juga punyai nama yang cukup indah disebut seperti yang diberi ibubapa saya..
actually saya terlalu kagum dengan serikandi yang memiliki nama Khaulah Azwar ni ketika zaman kegemilangan Khali al-Walid..dan seboleh nya,saya jugak turut menyimpan impian utntuk menjadi sepertinya,pertama kali saya terbaca mengenai beliau di dalam buku yang berjudul Di Atas Sejadah Cinta yang saya beli sendiri di Yayasan Restu ketika mengikuti lawatan sambil belajar dua tahun lepas sya terus jatuh cinta atas semangat juang yang ditonjolkan pleh si Khaulah Azwar yang sehingga kini menjadi idola saya..
dan di sini,saya ingin menceritakan kisah Khaulah Azwar yang munkin kita buleh sama sama ambil pengajaran.

 



Khalid Al Walid panglima perang gagah berani.Dia tertanya2 siapakah gerangannya si baju hitam pekat yang  menghunus pedang di medan jihad

Kelibat itu tidak gentar,terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan
Satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam
Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri

Khalid Al Walid terus memacu kuda kearah pejuang itu.Di fikiran tertanya2 siapakah gerangannya

Langkah pejuang misteri berani, menggerunkan pihak musuh.Menghunus pedang dan tombak tidak gentar

Wahai tentera Islam, majulah, berjuanglah membantu pejuang agama Allah ini, perkuatkanlah kesusukan orang yang sendirian itu-Khalid Al Walid

Pejuang misteri dikepung musuh.Dia terus berperang dan berperang.Kembali dia kepada tentera Islam kuyup dengan basahan darah

“Allahu Akbar!” Pekik tentera Islam semuanya .Mereka menghampiri pejuang misteri itu.

“Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang telah membela agamanya dan menentang orang musyrik habis-habisan. Tolong bukakan tutup muka kamu,” kata mereka.
pejuang misteri itu tidak menjawab

dia terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh

Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”



“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah,” 

Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah rupanya milik seorang wanita berani dan bersemangat tinggi

Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir

Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain

Sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar

Namun, Khaulah hampa, saudaranya tidak ditemui

“Wahai saudaraku, di manakah kau berada, di gurun manakah mereka melemparkanmu. Andaikata aku tahu di mana engkau berada sekarang pasti aku datang. Salamku buat dirimu saudaraku. Sampai kita berjumpa nanti.”

Menangislah seluruh pasukan Islam mendengar ratapannya itu 

Setiap orang bertekad untuk menebus air matanya

Dengan takdir Allah datang serombongan pasukan Rom menuju kea rah mereka

Khaulah, Khalid dan seluruh pasukan tentera Islam bersiap

Tetapi rombongan itu menjatuhkan senjata mereka; mereka meminta damai

Permintaan itu diterima secara bersyarat.

Khalid bertanya kepada ketua rombongan itu tentang Dhirar bin Azwar. Ia berkata bahawa Dhirar telah berjaya menewaskan seorang putera raja dan sejumlah besar pasukan mereka, lalu mereka menghadapinya bersama-sama. Ia dapat ditangkap dan dikirim kepada raja mereka untuk dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dhirar ditawan dan dihantar ke Rom dengan pengawalan seratus tentera berkuda. Tetapi perjalanan itu jauh dan ini menggembirakan Khalid. Dengan segera ia memanggil Rafi bin Umairah kerana ia arif dengan kedudukan padang pasir dan lagi ia adalah seorang yang bijak dalam mengatur siasah dan teknik peperangan.

Khaulah terdengar berita tentang penyerangan itu lalu segera ia memakai baju besi, mengambil pedangnya dan menggenggam tombaknya lalu meminta kepada panglima Khalid agar dia dibenarkan ikut bersama.

Pasukan itu berangkat, mereka mengambil jalan pintas dan akhirnya bertemulah mereka dengan pasukan musuh itu. Ketika rombongan itu sudah dekat ternampaklah Khaulah akan abangnya, Dhirar, sedang dikawal ketat oleh musuh-musuh itu. Dan dengan itu Khaulahpun bertakbir. Takbirnya disambut oleh pasukan berkuda yang lain maka bergemalah lembah itu dengan takbir, “Allahu Akbar!”





Allah s.w.t mendengar takbir itu, lalu didatangkanNya bantuan ghaib dari Rijalullah iaitu tentera-tentera Allah dan akhirnya kemenangan pasti berada di pihak yang benar. Khaulah segera mendapatkan Dhirar dan tentera-tentera Islam merampas semua yang dibawa oleh musuh dan kemudian pulanglah mereka kepada Khalid Ibnu Walid. 

Khaulah Azwar namanya kudengar penuh kekaguman. Aku ingin menjadi sepertinya, berjuang, berani dan tidak gentar. Sebagaimana Zainab al Ghazali juga Ayatul Akhras berani menegakkan Dinullah walau terpaksa bergadai nyawa, begitu juga Asiah mahupun Sumayyah, tidak lupa Masyitah. Perjuangan juga tidak menghalang kami untuk menjadi selembut Khadijah mahupun Aisyah. Insya-Allah.
doakan saya kawan kawan.semoga jihad ku semulia jihad Khaulah al-Azwar..

selamat hari raya!!

Selamat hari raya,kepada saudara serta saudari..alamak ternyanyi pulak dah kan..
okay di kesempatan ini Khaulah Azwar dan keluarga ingin memohon keampunan atas segala dosa yang telah kami lakukan..selamat hari raya ..semoga syawal yang mulia ini dapat membawa keinsafan apda diri kita..

jom tgok gambar raya kami di Kg Dalam Rhu , Paser Puteh....





















tuh diaaaa...anak ustaz Duyamin bergaya..haha..pape pun buat sahabat handai..jangan lupa,beraya beya jugak eh,kita nih ade perjuangan yang belum selesai after raya!!!trial spm is coming afterwards..




and this is from me :)  






juadah rumah terbuka..hehe


jgn lpe TRIALLL!!


insyaAllah..aminn

SPM for my future!

 
good luck for all my friends..

akhrulkalam,semoga kita sama sama berjaya dalam setiap ujian yang kita tempuhi...usaha+doa+tawakkal..insyaAllah berjaya...raya raya jugak..

http://youtu.be/Ru_nu3j6bko

di sini saya bawakan lagu special utk kwn kwn semua :))