Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Saturday, May 5, 2012

ini cerita tentang perasaan ku..

KAU...kau lah yang bertanggungjawab mmbuatkan hati aku gundah gulana*ceyh,ayat skematik lah pulak*
hmmm...ntah lah aku sendiri pun tak pasti sejak bila perasaan ni muncul..mmg perasaan ku ni dah jadi kelam kabut giler dah..tambah lagi bile KAU ade depan mata..jantung aku ni jadi tak tentu hala..macam org tertelan sodium benzonate dah nih...ntah lah,,.haha..eh eh,,first time kod aku "bercakap" soal hati dan perasaan ni,kenapa ngan aku ni??demam ker??tak pulak.tataw lah.aku rase lah kan sistem endocrine ak nih da rosak kod.tersilap mrembeskan hormon gamaknyer..





hadoih..sembang tak sembang..sudah masuk mid-year lah...tak lame lagi jer nak periksa..erm,,cakap soal periksa pulak tataw lah mcm mne nak urus masa,jalan pun rase mcm tak cukup tanah dah nih.hadoih tataw nak cakap camne..Allah,,permudahkan urusan hamba-Mu ini..    memang takpayah cakap lah..selak buku sejarah teringat kat PSI..bukak PSI teringat pulak kat PQS..bace PQS,,tak pasal-pasal 3 serangkai 'subjek pembunuh ' pulak menyesakkan dada aku nih,,haih..fizik..cane nak cover dr topik form 4??chemy lagi lah,,asal exam jer,muka aku lah yang kne jumpa cikgu sbb gagal..sampaikan biology kesayangan aku pun dah rse fed up dah nih..hadoih...mmg la mid yaer nih buat aku rse mcm tercekik campuran potassium iodide ngan sodium chloride...memang perit giga lah kan..payah tak payah macam mana pun aku tetap kena hadapinya dengan SENYUMAN :)) believe in your self and just go on...prinsip doa+usaha+tawakkal tuh lah yang paling penting..


herm...nih lagu satu cerita..bukan cerita drama.filem mahupun telenovela..ini cerita yang benar sebenar-benar dan tiada yang benar selain yang terbenar hakiki..*buleh paham ker ayat keling aku nih?ehehe*pagi tadi time tengah breakfast ngan ummi,tetiber lah pulak ummi bukak cerita dengan mukaddimah nyer "banayk cerita yang ayong tataw kan?"aku pun macam terperanjat sikit,tanya lah ummi kenape??dan terbkak lah cerita nya..adik sedara aku yang baru lahir last month dah meninggal sebab bnyk sangat complication..and salah seorang adek sedara aku si Alissa Maisarah Puteri yang kitorang panggil kakak masuk wad 2 minggu dah..katenyer budak nih ade kompilasi penyakit darah tinggi,buah pinggang and also paru paru berair..terkejut giga lah kan..mane taknyer,rase macam baru jer aku sembang ngan dye arituh..tambahan lagi,dia tuh baru jer darjah dua,dah dapat dugaan macam tuh..ujian nih bila bila Allah nak bagu dia datang tanpa diundang kan..aku harap keluarga makcik aku nih bersabar banyak banyak...ikhtiar lah yang terbaik..Rasulullah ada bersabda mafhumnya : sesungguhnya setiap penyakit ada penawarnya melainkan mati..so,selagi masih ada jalan selagi tuh lah kita ikhtiar sehabis mungkin.and....setiap ynag sedih pasti ada gembiranya..salah seorang ibu saudara aku baru sahaja selamat melahirkan anaknya.(merangkap adik saudara ku..tehehe)tahniah diucapkan :D..dengan kehadiran adik saudara aku tuh,bertambah lagi lah generasi Hj Mat Ali nih..



rasenyer cukup dulu lah samapai di sini..semoga bertemu lagi :D

merindu kasih suci
mendamba kasih Illahi <3

Sunday, April 1, 2012

drpd blog idola sy,FATIMAH SYARHA

Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya?



Contoh situasi:

“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.” 

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja[1]. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah[2] sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah[3]. Padahal, baginda ma’sum dan saya  tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah[4] (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan denganzikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,” 

“Apa bezanya?” 

“Dari sudut impak, apa terjadi jika kita tarik rambut adik kita dengan anggap ia cuma dosa kecil?” saya membuat analogi.

“Biasa sahaja. Dia nangis. Ibupun marah kita,” 

“Apa pula yang terjadi jika kita tarik rambut sultan dengan anggap ia dosa kecil?” 

“Sultan mesti murka. Kita kena gantung universiti. Ditarik biasiswa. Dituduh tidak beradab dan banyak lagi,”.

“Jangan main-main dengan dosa kecil,”

“Apa nak risau? Dosa kecilkan terhapus dengan wudhuk,” katanya.

“Rasulullah SAW tidak mengajar kita meremehkan dosa kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baginda yang ma’sum banyak beristighfar. Lagipun, adakah wudhuk kita cukup diterima di sisi Allah? Solat kitapun, jika tidak lengkap rukun fi’li, qauli dan qalbi (perbuatan, kata-kata dan hati) belum tentu menghalang daripada perbuatan keji dan mungkar.”

"Hmm, rukun qalbi sering kita lupakan sedangkan amalan sebesar gunung boleh menjadi debu-debu berterbangan tanpa lurusnya hati."

 “Jadi, persoalannya sekarang, bukan membesar-besarkan mana bab zina hati dan mana bukan. Tetapi, bertanya diri, bagaimana menjadikan rindu yang fitrah ini kekal sihat? Dengan terus melayan ingatan? Atau menyegarkan hati dengan zikrullah? Salahkah saya melazimi istighfar?” saya lontarkan lagi persoalan.

“Dalam bab couple, awak selalu berpesan supaya jaga hati. Bukankah ia fitrah. Besar sangatkah bab hati ini?”

“Ya, sudah tentu. Sebesar membaikkan seorang raja agar rakyatnya menjadi baik. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah[5] Fitrah boleh jadi fitnah..”

“Rasululullah SAW dulu sibuk bab politik dan negara, bukan bab remeh-temeh soal hati ini.”

“Islam itu syumul, merangkumi semua. Rasulullah SAW dulu berjaya mengubah masyarakat jahiliah kerana berjaya mengubah hati. Rasulullah SAW tidak terus mengubah ‘akibat penyakit’ seperti kegawatan ekonomi yang dimonopoli Yahudi, perang saudara, minum arak, bunuh anak perempuan dan sebagainya. Tapi baginda bermula dengan ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati. 13 tahun baginda fokus membina hubungan hati manusia dengan Allah. Menekankan akidah.“

“Kalau begitu, masalah couple yang banyak berlaku sebenarnya suatu ‘akibat penyakit’? Ia berpunca daripada ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati?”

“Jika awak memahami begitu, barulah awak akan memahami kenapa saya selalu berpesan jagalah hati. Bukan terus-terusan menganggap saya asyik menghukum diri dengan zina hati. Firman Allah yang bermaksud: “(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera. (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)”

 "Saya takut awak memayah-mayahkan Islam. Tidak ambil yang pertengahan."

"Awak berniat baik. Marilah kita saling membela mana yang benar dan saling melengkap mana yang kurang. Bukan saling menjatuhkan. Saya yakin awak tidak begitu. Awak pernah belek apa kata ketua ulama sedunia, global mufti berkenaan hukum bercinta sebelum menikah? Beliau terkenal mempromosikan fikrah pertengahan kepada dunia. Apa yang kita anggap memayah-mayahkan kadang kala itulah fikrah sebenar fikrah pertengahan."

Temui Apa kata Prof. syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang Bercinta Sebelum Menikah dalam SOLUSI.

[1] Sabda Rasulullah SAW, “Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah jantung (hati).” (HR Bukhari dan Muslim).
(3) Maksudnya: “Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.” (Hadis riwayat Muslim)
[4] “Allah merasa kagum kepada pemuda yang tiada padanya (sobwah), rindu yang cenderung kepada kebodohan.” (HR Ahmad).
[5] “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (HR Muslim).

~Tragedi di Prade..kah3~

Asslamaualaikumm...
hari ni Mahabbah nak share pulak pasal satu citer gempak yang Mahabbah dan rakan2 hadapi ketika bermain bowling di Ipoh Parade..mula2 nyer kami hanya join utk release tension dan enjoy2 kejap...x sgke plak kejadin ney akn berlaku..hehe..nak taw ape??cter nyer bermula bila saya,Sheyun,Fadz and Fae berpakat utk mian bowling dlm satu team






.lepas main bowling,kami meneruskan lah aktiviti kami utk shoping at area2 parade tuh r...kitorg jalan2 pergi Popular utk beli buku2 best!hehe*yang sebenarnye haram dlm asrama*.pastuh kami berjalan dan teru berjalan sampai lah perut terasa lapar..dah lapar tuh, singgah lah kat merrybrown kejap..




selesai makan makan kami pun terus lah berjlan jalan..dalam hati nih terdetik jugak,pukul brape kn enaek bas neyh??takut jugak kan kne tinggal..jalan punya jalan baru kami perasan,kami dah tak nampak dah pelajar2 atau guru2 SARJANA dekat situ..ape lagi memang cuak giler lah..kitorg un teros keluar dr situh utk mendapatkan kepastian,,usha lah kat tempat parking bas,SAH!memang bas SARJANA dah tade..alamak..macamane neyh???dalam hati neyh da mcm2 rase muncul..sedih,takut,risau...macamane nak balek SARJANA,macamane nak hadapi hari2 mendatang..semuanya seolah2 kapal tebang berpusing laju dalam kepala...cuak x cuak un sempat lagi uh berposing..



kami pun tunggulah kat depan bangunan majlis bandaraya Ipoh dari pukul 3 petang sampailah pukul 5.30 ptg..lame nyer lah kami mengadap bangunan tuh..

dah sampai nak dekat pukul 6 jugaklah kami melepak kat situ sambil mengenan nasib..hehe~hadoi,pakan daya kan?agak-agak dah nak dekat mala,kitorg un masok lah dalam balek,takot jugak dok kat luar uh..~dah lah anak dara~heheslaha seorg drpd kami Fadzlina terus tepon family dy,sebab maca tae harapan jer pihak sekolah nak dtg ambik kami..kami pun menunggu lah kat dalam..nak lepak kat food court,tp,dah tutop pulak,ape lagi,merrybrown jer lah tempat kami..hadoi ..banyak giler duet abes...hehe


penat lah menunggu abg si fadz neyh,kami dah rse cam nak tertidur jer at situ...tepat pukul 9.00 mlm abg dy un sampai..akhirnya kami pulang ke sekolah dan sampai di sekolah area2 pukol 11.00 malam.herm,enat tapi,pengalaman yang sgt berharga...even kami terus dipandang serong oleh sesetengah pihak,kami x kesah sebab kami taw apa sebenarnya yang terjadi,kami taw ape yang betul ape yang salah,cuma kami mengambil keputusan utk berdiam diri..sebab??shhh...biarlah rahsia..kami taw siapa kami...terimakasih buat yang menyokong juga buat yang memandang serong! :D






Sunday, March 18, 2012

kem BINGKAS 2012

bismillahirrahmanirrahim...
hari ni mahabbah nak ceritakan ttg satu kem yang baru jer kami,pelajar gen-9 lalui..kem BINGKAS..what BINGKAS stand for??BINGKAS stand for BIMBINGAN KASIH..kem bimbingan kasih ini akan diadakan setiap tahun bagi semua calon SPM..bagi tahun 2012 ni,sekolah telah memilih Kem Pelangi sebagai lokasi yang terlerak at Batu Kurau,Taiping.
kami telah memulakan perjalanan pada hari Jumaat (11.00 pagi)bagi pelajar permpuan kami menaiki bas Sekolah Raja Perempuan Taayah dan pelajar lelaki menaiki bas SARJANA bersama lebihan 10 org lg pelajar permpuan *x muat bas,keisan dorg* 


berbahagia dlm perjalanan

on the way nak ke batu kurau tuh,kami singgah makan di masjid sementara menunggu pelajar muslimin solat jumaat.

nyum nyum..x sabar tggu teacher bubuh lauk.
tengs teacher..

dah sampai dkt signboard Kem Pelangi tuh,kami terpaksa berjalan kaki sejauh 1km kedalam utk berjumpa dgn tapak perkhemahan tersebut.
penat berjalan ni..
petang pertama kami di situ,perlantikan peghulu dan penghulunita dijalan kan..hasilnya..saudara Muhammad Syakir Zufayri dilantik sbg penghulu dan saudari Nur Syahira dilantik sbg penghulunita..tahniah diucapkan :D

setelah menjalani ibadah maghrib jamak qasar dengan isya' kami mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh al-fadhil Ust Jamil b Haji Salleh

hari kedua kami dimulakan dgn riadhah pagi yang di conduct oleh cg sufian..kemudian selepas breakfast,kami menjalani jungle treking yang di conduct leh consultant Kem Pelangi

bersemangat sebelum melangkah ke hutan!

pemandangan camtik dlm hutan



tgok pulak neyh macam mne kami terkena pacat..hadoi..bagi saya ney satu pengalaman yang sangat berharga sebab ini lah kali pertama dalam hidup saya bertemu dgn en.pacat nih..hehe tengok lah ni saya bawakan khas gambar pacat yang sgt cute miut...

kenyang pacat ni kan??hehe

adoi..darah melimpah ruah..
lepas mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan meredah hutan selama lebih kurang dua jam,kami menikmati makan tengah hari di tapak kem..
pada sebelah oetang pulak kami terpaksa menjalani ujian ketahanan dir..cewah gaya macam pro..tade ar..bg sesi ni,kami kne berkayak..bagi sesi berkayak,saya memilih pasangan saya Aida Mardhiah untuk sama-sama menyelesaikan misi ini..terimakasih buat Aida Mardhiah kerana bersabar melayani karenah saya..hehe
yang paling mengerikan,kami kne buat FLYING FOX!!!..memmang mengerikan..bagi saya,mula-mula nak naik tuh mmg saya takutttt sangat..*saya mmg jenis yang takut tempat tinggi*..tapi percaya lah..lepas selsesai tuh..mmg rse excited giler...rse cam nak naik lagi..hehe



mendengar taklimat kayak


tgh menunggu turn utk FLYING FOX

lepas melakukan dua aktiviti lasak tuh,kami diberikan masa utk berehat..dan kami mengambil kesempatan yang diberikan utk bergambar di sekitar tapak perkhemahan tersebut..tengok lah gelagat gan nine bila dapat kamera..hehe



dan esok nya sebelum penutp,kami mendengar cerama daripada Cikgu Sufian yang sangat menyentuh hati..terimakasih diucapkan kepada En Sufian yang bnyk memberi pengajaran kpd kami..insyaAllah,segala yang kami dapat akan kami amalkan dalam hidup kami..


dan majlis penutup pun berlansung lah..selesai majlis penutp,kami bersiap-siap utk kembali ke SARJANA..
sebelum tu bergambar dulu.. :D




dan...akhirnya samapai ke SARJANA!!..


terimakasih kpd semua pihak yang telah menjayakan kem BINGKAS ini..kami jua memohon maaf ats segala kekurangan dan kami akan berusaha sedaya upaya utk mencapai harapan sekolah..terimakasih kpd pihak sekolah yang telah memberi kesempatan kpd kami utk menjalani kem yang bnyk memberi kami kesedaran..dan tak lupa juga kepada guru-guru yang bnyk berkorban masa dan tenaga,..sekalung penghargaan kepada Cg Hasri,Cg Haniza,Teacher Shuhaiza,Teacher Noryawati,Cg Nabila,Cg Azimah,Cg Saadiah,Cg Sufian,Ust Hairul Anuar,Ust Jamil dan khusus kepada pengetua Cg Omar bin Bakar..terimakasih cikgu..

































Tuesday, March 13, 2012

kampung halamanku..

assalamualaikum dearest reader..
da bape lme da x update an..bkn nyer ape,mahabbah sebok sikit.ceyh,sebok lah sangat...mahabbah dlm proses nak menyiapkan post psl kem bingkas tapi,tataw lah bile buleh siap..skang neyh mahabbah berada di kampung halaman mahabbah yang terletak di Kampung Dalam Rhu,Paser Puteh Kelantan..
disebabkan kampung neyh di persisiran pantai,tuh yang payah sikit nak dapat line utk online...kadang2 rse cam na ngamok jer sbab ta dpt line..hehe
kampong halaman mahabbah ney cantek sgt..sejuk dan nyaman jer rasenyer..alhamdulillah..negeri serambi mekah lah kate kan..
semoga Allah terus melimpahkan rahmatnya kpd negeri kelahiran ulama'-ulama' tersohor serata negara ini..
insyaAllah nanti kalau ade kelapangan mahabbah akn share pic2 persekitaran kampung halaman mahabbah ney..
sekarang ney masih x sempat lagi lah.sebok ngan homework lah pulak..

dri kesempatan ini juga,mahabbah na ucapkan tahniah lah kepada sahabat mahabbah yang dah berjaya merealisasikan impian dy utk memiliki sebuah blog persendirian..tahniah diucapkan kepada Nurul Farzana bt Omar..anda semua buleh lawati dy di laman http://anaanod.blogspot.com *weyh ana,terimakasih pd aku sbb promote blog ko!*
okey lah semua..sekian sahaja drpd mahabbah..sehingga bertemu lagi..assalamualaikum..

mencari kasih suci
mendamba kasih Illahi

Sunday, February 19, 2012

KEGEMMATAM 2012

INFINITY..

Assalamualaikum smua..
okay2..ape KEGEMMATAM tuh??mesti pelik kan?haha.okay lah..KEGEMMATAM stand 4 Kem Gerak Minda Matematik Tambahan yang telah dianjurkan oleh jabatn matemati Universiti Terengganu Malaysia.
best ker program neyh?berbaloi ker abg2 n akak2 uh dtg jauh2 dr Terengganu??na taw??
let's check it out..

KETIBAAN ABG2 N AKAK2 FASI
abg2 sedang memerhatikan masjid al-Munzirin..



 SESI PENDAFTARAN DAN ICE BREAKING
okay,utk sesi ini,mahabbah x dpt menyediakan gambar..tapi,apa yanga mahabbah boleh describe kan ttg sesi ney.memang best..kitorg memang dah diberitahu nama kumpulan dan ahli2 nye.seronok dgn akk fasi kitorg di group infinity,kak Amirah Sabri.mule2 beliau cam malu2 jer..tapi,lelame dy makin okay ngan kami..haha,dpt plak group ngan imran yang x reti senyap tuh,mmg bising lah group kami..

SESI TAKLIMAT DAN CERAMAH OLEH DR.SABRI
lepas sama-sama menunaikan solat isyak,kami dikumpulkan di Dewan besar ...utk sesi taklimat neyh,mmg best lah.seronok dga Dr neyh cakap,x rasa ngantuk langsung,pengalaman barumDr neyh bagi kami satu kotak yang perlu dibukak tp,hanya org2 tertentu jer yang dapat bukak.herm,terimakasih ats tunjuk ajar dr,

semua peserta khusyuk memberikan perhatian.


peserta muslimin un x kurang nya

HARI KEDUA
  • hari kedua dimulakan dgn senaman pagi yang diketuai oleh abg Joe..SERONOK
bersemangat sekali




  • sesi menjawab soalan dibantu oleh fasilitator


  • BURUMATIK...
taklimat sebelum memulakan program
okay,burumatik adalah satu program yang lebyh kurang cam explorace,tapi kitorg kne main game neyh sambil
menyelesaikan masalah matematik tambahan..seronok dan mencabar..


abg wang yang alim dan sporting :D

mcm2 ujian yang kami hadapi utk dapatkan checkpoint..

salah satu cabaran

kumpulan infinity..

bersama-sama menjawab soalan

bergambar sebentar

bergambar dengan abg awang
huhu


hari terakhir....

  • macam biasa,kami mulakan hari kami dgn riadah seperti biasa yang dinamakan SENAMATIK...ish,dlm kem neyh semuanya matematik..huhu.seronok..senamatik ini juga diketuai dengan abg joe..
ini lah dy abg joe kita.
pate tomei tomei pappa..pate tomei temei paa..ttu ttue ttue pappa..
huhu..tuh lah lagu yang abg joe ajar.

  • penutup..
hah,lpe nak diceritakan,yang menarik nya,event ini diselaraskan oleh pengarah program,abg Khairul,merangkap ank pengetua sekolah kami..memang menarik..x percaya??cuba tengok neyh...

tengok ni..ank dan bapa di ats pentas :D

peserta lelaki terbaik

Satria Kamarin Azrai
peserta peremuan terbaik

Nurul Huda


SESI BERGAMBAR BERSAMA KUMPULAN DAN FASI

kumulan infinity bersama kak mira dan kak akma..

alhamduliLah,walaupun kem ney telah pun berakhir,tapi..ukhuwah kami masih tersimpul rapi dan segala kenangan akan sentaisa terpahat di dalam hati..dengan kak mira pun,kami still contact..terimakasih kak mira ats perkongsian..dan group KEM GERAK MINDA MATEMATIK TAMBAHAN di facebook mengeratkan lagi hubungan kami..
dan,kem ney jugak telah bnyk membantu kami dlm subject add maths terutamanya.
sekian shj,terimakasih kpd para pembaca*kalau ada ler..hehe*
merindu kasih suci
mendamba kasih Illahi.