Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Thursday, August 23, 2012

stay up!!

assalamualaikum,
apa khabar kawan kawan???sihat??apakah pagi anda ceria hari ini???sudah semestinya!
okay saja nak cerita nih,semalah khaulah stay up for the first time nya at umah nenek nih.
asalnya ade member mintak tulong buatkan blog dia,dah alang alang sampai pukol 2 pagi buat blog,khaulah terus stay upa baca buku sampai pukul 4 pagi..baru tido
dan hasilnya..............pagi yang sangat ting tong..haha
rase macam kosong.tapi khaulah masih buleh tersenyum sebab khaulah dah berjaya siapkan blog member khaulah tuh.kawan kawan buleh melawat dia di
http://adibafifi1046.blogspot.com
okeh ...kepada kawan kawan,khaulah nak pesan nih,jangan amalkan selalu tidur lewta malam,buleh menjejaskan kesihatan.heheh

    
nanti macam nih lah jdik nyer
nanti hidup pun jadik x produktif
itu saja khidmat pesanan nasihat dari khaulah azwar pd hari ini,semoga hidup anda lebih ceria dari sehari ke sehari
selamat berjuang :)

Wednesday, August 22, 2012

seindah nama

assalamualaikum wrt,
mungkin selama ni ramai yang tertanya tanya,kenape nama Khaulah Azwar menjadi pilihan saya sedangkan saya juga punyai nama yang cukup indah disebut seperti yang diberi ibubapa saya..
actually saya terlalu kagum dengan serikandi yang memiliki nama Khaulah Azwar ni ketika zaman kegemilangan Khali al-Walid..dan seboleh nya,saya jugak turut menyimpan impian utntuk menjadi sepertinya,pertama kali saya terbaca mengenai beliau di dalam buku yang berjudul Di Atas Sejadah Cinta yang saya beli sendiri di Yayasan Restu ketika mengikuti lawatan sambil belajar dua tahun lepas sya terus jatuh cinta atas semangat juang yang ditonjolkan pleh si Khaulah Azwar yang sehingga kini menjadi idola saya..
dan di sini,saya ingin menceritakan kisah Khaulah Azwar yang munkin kita buleh sama sama ambil pengajaran.

 



Khalid Al Walid panglima perang gagah berani.Dia tertanya2 siapakah gerangannya si baju hitam pekat yang  menghunus pedang di medan jihad

Kelibat itu tidak gentar,terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan
Satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam
Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri

Khalid Al Walid terus memacu kuda kearah pejuang itu.Di fikiran tertanya2 siapakah gerangannya

Langkah pejuang misteri berani, menggerunkan pihak musuh.Menghunus pedang dan tombak tidak gentar

Wahai tentera Islam, majulah, berjuanglah membantu pejuang agama Allah ini, perkuatkanlah kesusukan orang yang sendirian itu-Khalid Al Walid

Pejuang misteri dikepung musuh.Dia terus berperang dan berperang.Kembali dia kepada tentera Islam kuyup dengan basahan darah

“Allahu Akbar!” Pekik tentera Islam semuanya .Mereka menghampiri pejuang misteri itu.

“Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang telah membela agamanya dan menentang orang musyrik habis-habisan. Tolong bukakan tutup muka kamu,” kata mereka.
pejuang misteri itu tidak menjawab

dia terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh

Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”



“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah,” 

Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah rupanya milik seorang wanita berani dan bersemangat tinggi

Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir

Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain

Sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar

Namun, Khaulah hampa, saudaranya tidak ditemui

“Wahai saudaraku, di manakah kau berada, di gurun manakah mereka melemparkanmu. Andaikata aku tahu di mana engkau berada sekarang pasti aku datang. Salamku buat dirimu saudaraku. Sampai kita berjumpa nanti.”

Menangislah seluruh pasukan Islam mendengar ratapannya itu 

Setiap orang bertekad untuk menebus air matanya

Dengan takdir Allah datang serombongan pasukan Rom menuju kea rah mereka

Khaulah, Khalid dan seluruh pasukan tentera Islam bersiap

Tetapi rombongan itu menjatuhkan senjata mereka; mereka meminta damai

Permintaan itu diterima secara bersyarat.

Khalid bertanya kepada ketua rombongan itu tentang Dhirar bin Azwar. Ia berkata bahawa Dhirar telah berjaya menewaskan seorang putera raja dan sejumlah besar pasukan mereka, lalu mereka menghadapinya bersama-sama. Ia dapat ditangkap dan dikirim kepada raja mereka untuk dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dhirar ditawan dan dihantar ke Rom dengan pengawalan seratus tentera berkuda. Tetapi perjalanan itu jauh dan ini menggembirakan Khalid. Dengan segera ia memanggil Rafi bin Umairah kerana ia arif dengan kedudukan padang pasir dan lagi ia adalah seorang yang bijak dalam mengatur siasah dan teknik peperangan.

Khaulah terdengar berita tentang penyerangan itu lalu segera ia memakai baju besi, mengambil pedangnya dan menggenggam tombaknya lalu meminta kepada panglima Khalid agar dia dibenarkan ikut bersama.

Pasukan itu berangkat, mereka mengambil jalan pintas dan akhirnya bertemulah mereka dengan pasukan musuh itu. Ketika rombongan itu sudah dekat ternampaklah Khaulah akan abangnya, Dhirar, sedang dikawal ketat oleh musuh-musuh itu. Dan dengan itu Khaulahpun bertakbir. Takbirnya disambut oleh pasukan berkuda yang lain maka bergemalah lembah itu dengan takbir, “Allahu Akbar!”





Allah s.w.t mendengar takbir itu, lalu didatangkanNya bantuan ghaib dari Rijalullah iaitu tentera-tentera Allah dan akhirnya kemenangan pasti berada di pihak yang benar. Khaulah segera mendapatkan Dhirar dan tentera-tentera Islam merampas semua yang dibawa oleh musuh dan kemudian pulanglah mereka kepada Khalid Ibnu Walid. 

Khaulah Azwar namanya kudengar penuh kekaguman. Aku ingin menjadi sepertinya, berjuang, berani dan tidak gentar. Sebagaimana Zainab al Ghazali juga Ayatul Akhras berani menegakkan Dinullah walau terpaksa bergadai nyawa, begitu juga Asiah mahupun Sumayyah, tidak lupa Masyitah. Perjuangan juga tidak menghalang kami untuk menjadi selembut Khadijah mahupun Aisyah. Insya-Allah.
doakan saya kawan kawan.semoga jihad ku semulia jihad Khaulah al-Azwar..

selamat hari raya!!

Selamat hari raya,kepada saudara serta saudari..alamak ternyanyi pulak dah kan..
okay di kesempatan ini Khaulah Azwar dan keluarga ingin memohon keampunan atas segala dosa yang telah kami lakukan..selamat hari raya ..semoga syawal yang mulia ini dapat membawa keinsafan apda diri kita..

jom tgok gambar raya kami di Kg Dalam Rhu , Paser Puteh....





















tuh diaaaa...anak ustaz Duyamin bergaya..haha..pape pun buat sahabat handai..jangan lupa,beraya beya jugak eh,kita nih ade perjuangan yang belum selesai after raya!!!trial spm is coming afterwards..




and this is from me :)  






juadah rumah terbuka..hehe


jgn lpe TRIALLL!!


insyaAllah..aminn

SPM for my future!

 
good luck for all my friends..

akhrulkalam,semoga kita sama sama berjaya dalam setiap ujian yang kita tempuhi...usaha+doa+tawakkal..insyaAllah berjaya...raya raya jugak..

http://youtu.be/Ru_nu3j6bko

di sini saya bawakan lagu special utk kwn kwn semua :))

Sunday, July 22, 2012

Tarawih pertama di Masjid Lama Kg Gajah

BismiLlahirrahmanirrahim...

ermm,saje nak berkongsi pengalaman dgn anda semua.

memang dah menjadi kebiasaan keluarga kami,abah dan adik lelaki akan peri berjemaah di masjid sementara kami yang permpuan akan berjemaah di rumah,ummi imam.
tp,smalam pertama tama kali nya abah ajak saya dan adik adik solat di masjid..
AlhamduliLlah,pengalaman yang sgt best!walaupun nma nye masjid lama Kg Gajah,tp rupanya x mcm masjid lama,sgt indah,mungkin dinding separuh kayu separuh batu tuh msih menampakkan masjid itu dah lama,tp hiasan dalaman nya sgt menarik

Allahuakbar,terharu saya tgok,generasi skarang di Kg Gajah sama sama berganding usaha utk menaik taraf masjid yang pernah dibangunkan oleh nenek moyang kita tak lama dahulu.bnyk pihak yang sanggup menginfakkan harta mereka di jalan Allah.

kini,masjid lama kami sudah sgt cantik bukan hanya dr segi hiasan tp juga dr segi pengisiannya,kuliah subuh setiap hari,iftar jamai'e,solat berjemaah setiap waktu setiap hari dan pelbagai lg aktiviti jemaah yang dilakukan
lagi menakjubkan,ketika saya bertarawih smalam,jamaah masjid ini sgt lah penuh,sampai kami jemaah perempuan terpaksa berhimpit himpit..AlhamduliLlah...tak lupe juga,bnyk aktiviti untuk masyarakat sekeliling dirancang stiap tahun,tahun lepas,kami adik beradik mengikuti kem solat sempurna yang dianjurkan oleh persatuan masjid lama.ermm.bagus kan??

semoga masjid ini terus diimarahkan seluruh penduduk kg gajah..jgn lah kite mensia siakan harta yang kita ada ni.

Friday, July 20, 2012

ahlan wa sahlan ya Ramadhan










In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful
sedar tak sedar,sekarang kita semua dah pun masuk bulan yang penuh keberkatan..Ramadhan kareem..Alahmdulillah..banyak fahdail yang kite buleh dapati dari bulan ini..pahala amalan digandakan,
syaitan durjana dibelenggu,subhanaLah..cantik sungguh aturan Allah..

so,Muslims,what we're waiting for???
this the time utk kite tumpukan hidup kite hanya untuk Allah..penuhi malam malam kite dgn zikruLlah..qiamullail sebelum sahur...masal nih lah kita dekatkan diri drngan Allah ya Khaliq..bila lai kan??hampir setahun kita sia sia kan hidup kita sebagai seorang hamba..ini lah masanya..just us and Allah..insyaAllah

setiap apa yang Allah syariatkan itu pasti ada hikmah nya
dan puasa dalam bulan Rmadhan ni memang tak dapat disangkal lagi kebaikan nya dari segi saintifik
saya bawakan dari segi analogi,
cuba anda bayangkan sebuah mesin yang bekerja tanpa henti..pasti lama kelamaan mesin tersebut akan mengalami kerosakan bukan??begitu lah juga dengan sistem penghadaman kita.setahun kita menyumbat pelbagai jenis makanan dalam perut kita tanpa memikir side effect nya.apa salahnya,kita berpuasa selama sebulan,memberi recces time kepada sistem penghadaman kita..dengan cara ini,sistem dalam badan kita akan dapat menjalankan fungsi nya dengan begitu lancar sekali.selain itu,menurut kajian saintifik,puasa dapat meningkatlkan mutu produktif seseorang,jadi,apa tuggu lagi??ini lah masanya untuk kita terus kekal sihat!

kepada sahabat sahabat yang merindukan Ramadhan,anda sebenarnya sedang mengalami halawatul iman,subahanAllah,semoga Allah kekalkan hati hati kita dalam amal ibadatnya.

ok lah sampai sini sahaja pertemuan kita kali ini..semoga Ramadhan kali ini menjadi Rmadhan terbaik dalam hidup kita.semoga lailatulqadar itu milik kita!ameen..

Saturday, June 9, 2012

berubah lah demi insan tersayang

Assalamualaikum..
daripada meng'online' di laman sosial facebook sebentar tadi rasa terpanggil untuk melawat blog sendiri..jam 7.10..saya terfikir utk menulis..idea yang datang hasil daripada terpandang kepulan asap rorkok ayah saya.Ya!ayah saya seorang perokok tegar..dan saya sebagai seorang anak nya yang prihatin semestinya berasa sangat risau dengan situasi ini..

saya sendiri tidak pernah tahu kenapa,bagaimana dan di mana ayah saya boleh mula merokok..mungkin pengaruh rakan sebaya.tapi hanya yang saya tahu-->seperti kata ibu saya sebelum khawin lagi ayah saya sudah mula merokok.mungkin dahulu bagi saya perkara ini adalah normal bagi seorang lelaki utk merokok.saya sendiri pun tidak pernah terfikir untuk bertanya kenapa ayah saya merokok.tak berani.apatah lagi untuk bagi nasihat.lagi tak berani.

sekarang.saya seorang gadis 17 tahun.dan,ayah saya masih MEROKOK!ibu saya sering merungut kepada ayah saya dan menasihati ayah saya untuk berhenti merokok.haisl nya---zero!mungkin ayah saya telah berusaha.mungkin akibat terlalu lama merokok ayah susah untuk berhenti..segalanya mungkin...

saya mula risau tentang hal ini ketika saya di tingkatan 3..ketika itu kami sedang belajar chapter Respiration dalam subject Science.bila cikgu sc kami menunjukkan gambar paru-paru seorang perokok berbanding paru-paru bukan perokok..ketika itu satu sja yang saya ingat--->ayah saya.padah merokok yang cikgu tersebut tuturkan bagaikan awangan dalam minda saya dan otak saya tidak berhenti memikirkan ayah saya.sungguh saya risau.saya tak mahu ayah saya pergi dahulu..entah lah..saya tahu saya masih belum cukup kuat untuk menegur ayah saya.dari detik itu lah saya berazam untuk berusaha sungguh supaya cemerlang dalam PMR dan hanya satu yang saya akan minta pada ayah saya ..--->berhenti merokok.

dengan berbekalkan iltizam yang kuat supaya ayah saya berhenti merokok,kerana risaukan kesihatan ayah saya..akhirnya Allah permudahkan urusan saya untuk berjaya dalam PMR..tapi..saya masih belum punya kekuatan untuk meminta permintaan tersebut...dan hingga kini ayah saya masih tidak tahu hasrat murni saya itu

kini sebagai seorang pelajar kelas science..dala biology sekali lagi saya bertemu dengan prosess respiration yang rosak kerana ROKOK!saya sangat kenal keburukan sebatang rokok.dengan kandungan nicotine , carbon monoxide,dan titisan racun tikus yang boleh membunuh membuatkan saya semakin risau tentang ayah saya..

cuma harapan saya.ayah saya berubah.mungkin bukan kerana teguran seorang anknya kerana anaknya tidak mungkin mampu untuk menegur beliau.cuma saya terlalu berharap agar ayah saya berhenti merokok.kerana saya tidak mahu kehilangan ayah saya di umur kami adik beradik semuda ini.kerana saya tahu sangat keburukan sebatang rokok..dan yang paling penting...kerana anak mu ini SANGAT MENYAYANGI MU..
dan saya juga berharap..rakan-rakan di luar sana jika anda merokok..tidak terlalu lambat untuk berhenti daripada tabiat merosakkan ini..mungkin ianya susah tapi kita mesti memerlukan usaha yang sangat kuat untuk itu kan?jangan tunggu sampai anda dewasa untuk berhenti...ingat lah hati orang orang yang disayang serta orang orang yang menyayangi anda.fahamilah hati hati ini..

Saturday, May 5, 2012

HLOVATE lah pulak..

aish....Najiha,Fadh,Sheyun...korang kne tolong aku...aku dah start falling in love ngan HLOVATE!!hanya kerana membaca dua novel nya sahaja dah buleh buat aku gila macam nih................tolong aku...aku rasa aku dah jatuh hati kat Benz Aliff and also Addin Shah....Kucai un tak dilupakan....kih3
and sumpah...aku sangat sangat terpikat ngan si Magnificent Seven!!!!haish..dulu bukan main lai aku nasihatkan si Fadh nih supaya stop lar drpd berangankan yang tak wujud,,,but now..it's happen to mee!!!
tgoklah mcm mne ak buleh gile kat hlovate..