Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Sunday, January 20, 2013

SIAPA KAMAL ATARTURK ?

Kamal Atarturk ?
macam pernah dengar kan ?
hari ni Anis nak kongsi sikit ilmu tentang seorang insan yang bernama Kamal Atarturk

IDEOLOGI KAMAL ATARTURK DI TURKI 

  1. membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt
  2. membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher,dan topi (sesuai dengan kehendak barat )
  3. menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai.Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara
  4. menegaskan bahawa : Negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden
  5. menggalakkan minum arak secara terbuka
  6. mengarahkan al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
  7. menukar azan ke dalam bahasa Turki.Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur arab dan parsi
  8. mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.hakikatnya mereka disuruh mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki
  9. dalam ucapannya di Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
  10. agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara.menyerang Islam secara terbuka dan terangan
  11. menggubal undang-undang perkhawinan berdaftarkan undang-undang barat
  12. menukar masjid AyyaSophia kepada muzium,ada sesetengah masjid dijadikan gereja
  13. menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah
  14. menghapuskan kementerian wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin
  15. membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam,menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf arab kepada huruf latin
  16. menganggap dirinya Tuhan seperti Firaun
berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya  "siapa Tuhan ? dan di mana mereka tinggal ? "
oleh kerana takut,askar tersebut menjawab "Kamal Atarturk adalah Tuhan " . Beliau tersenyum bangga dengan jawapan yang diberikan.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya,Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

  1. didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan
  2. sakit jantung dan penyakit darah tinggi
  3. panas sepanjang masa dan tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam
  4. pembantu-pembantunya juga diarahkan meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah,buat macam mana pun,rasa panas tetap tidak hilang
  5. beliau turut diletakkan dalam bot di tengah lautan untuk menghilangkan panas , namun rasa panas tetap tidak hilang
  6. 26 September 1938 beliau pengsan selama 48jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu dan beliau hilang ingatan
  7. 9 November 1938 beliau pengsan sekali lagi selama 36jam dan akhirnya meninggal dunia.sewaktu belaiu meninggal,tidak ada seorang pun yang memandi,mengkafankan dan menyembahyangkan mayat beliau.
  8. mayat nya telah diawet selama 9 hari 9 malam sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama'-ulama' Turki memandikan , mengkafankan dan menyembahyangkan mayat nya
  9. ketika mayatnya hendak ditanam,tanah tidak menerimanya (saya tidak pasti bagaimana , tapi , menurut buku , tanah tidak menerimanya )
  10. berasa putus asa , mayatnya kembali diawet dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama Etna Grafi Ankara selama 15 tahun
  11. selepas 15 tahun , mayatnya cuba ditanam semula , Allah Maha Agung , bumi tetap tidak menerima mayat tersebut
  12. habis ikhtiar , mayat tersebut dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44ton.mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar
Dan Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu 
renungkan dan fikirkan 


with love <3
Anis Fatihah Duyamin

No comments: