Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Saturday, June 1, 2013

Jauh perjalanan luas pengalaman

Assalamualaikum and Hai :)

Alhamdulillah harini dapat satu pengalaman yang berbentuk ujian dari-Nya . Ternyata Dia masih sayangkan aku lantas memberikan aku sedikit ujian untuk mendekat kan aku pada-Nya .

Pagi tadi bangun je dari tidur umi suruh bersiap . Mintak Anis dan adik teman kan umi nak shopping di bandar Paser Puteh . So lepas breakfast terus siap siap cantik cantik semangat nak teman umi pergi shopping . Lagi seronok sebab tak bawak budak budak kecik lain . Semua yang pergi harini semua nya golongan dewasa dewasa je. *cehh dewasa kononn*

Bertolak dari rumah mek lebih kurang pukul 11 . Kami pergi berlima Ateh driver , Ucu , Umi , Anis dan Angoh . Mula mula plan nak pergi Paser Puteh je . Lepas isi minyak , tengok minyak full tank terus tukar plan nak ke Kota Bharu . waa , excited nak pergi Kota Bharu .

Alang alang dah samai Kota Bharu , terus cari Jakel nak beli kain baju raya . So , singgah la Jakel Kubang Kerian . Umi pun call abah tanye nak warna apa baju raya tahun ni . Abah kata nak warna hijau . Pilih punya pilih , belilah untuk satu family kaler hijau . Bukan setakat untuk family kitorang je , untuk Mek , Ayah , Ucu dan Ateh pun kitorang beli sekali .

Lepas beli kain dalam pukul dua lebih , kami pergi Mydin berdekatan dengan Jakel tu . Nak solat dan makan . Sambil cari barang barang dapur . Before pergi Mydin , Ateh dengan pergi simpan beg beg baju raya dalam kereta . Selesai makan solat beli barang dapur sikit , kami pun nak pergi hantar barang ke kereta . Memandangkan barang banyak then kereta pulak jauh park nya kitorang suruh la Ateh pergi ambik kereta bawak ke depan Mydin .

Sementara tunggu Ateh ambik kereta , Umi ajak Anis dan Angoh pergi ke Hari-Hari nak belikan budak budak baju sepasang sorang . Masa tengah belek belek baju kat Hari-Hari , tiba tiba Ucu call Umi . Pelik jugak sebab masa tengah cakap dengan fon tu muka Umi bukan main terkejut nya . Lepastu terus Umi ajak keluar kedai .

Anis blur lagi masa tu . Tanya lah Umi

Anis : Umi , kenapa ni ? 
Umi : kereta hilang
Anis : hah ? kereta hilang ??????

Sudahnya kami pulang ke rumah mek naik teksi . Berhimpit lah dalam teksi tu lima orang . Shock gila kereta hilang . Tak pernah lagi alami kejadian macam ni . Syukur Alhamdulillah kami selamat . Masa mula mula dengar kereta hilang  tu menangis Anis . Angah pulak menggigil tak berhenti henti . Yelah mana pernah kitorang alami benda benda macam ni . Dengan kereta dengan baju raya semua lesap . Mungkin takde rezeki kami kot .

Just wondering , mungkin macam ni lah perasaan orang lain yang ditimpa musibah . Yelah before this just baca kat paper je pasal orang hilang kereta , kena rompak , hilang anak . Now , kita pulak merasa . Selama ni tak pernah ambik kisah pun perasaan orang yang jadi mangsa keadaan , now kita merasa .

"Allah takkan menguji hamba-Nya melainkan atas kemampuan hamba hamba-Nya"

Semoga Allah beri hidayah pada pencuri tu . Ameen ..

salam sedih
cik Anis

1 comment:

Nurul iPhone Enthusiast said...

ya allah...dasyatnya cerita u kena rompak...moga dipermudahkan urusan