Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Thursday, March 7, 2013

hati dan perasaan

Assalamualaikum and Hai .

hati ni . hati ni pernah ketawa . pernah bahagia . pernah terluka . malah pernah juga terhempas begitu sahaja . dan jangan tak percaya . hati ini juga pernah dicuri . dicuri oleh seseorang . cik Anis sendiri tak pasti sama ada dah dipulangkan balik atau belum . maybe sebab tu lah kot cik Anis jadi seorang yang heartless . hati masih belu dipulangkan . 

semua orang pernah rasa perasaan ni kan ? ini normal kan ? tak pelik lah bagi seorang gadis yang dah belasan tahun . it's normal . biasalah tu . hormon dah meningkat . remaja dah pun . mungkin tak ramai yang tahu .

pernah wujud dalam  hati ini 3 lelaki . selain abah dan acik

lelaki pertama . tak bermakna dia cinta pertama cik Anis . masa ni masih form3 . tak matang lagi . masih tak tahu apa apa . tapi . sekurang kurang nya dia pernah made up my days . dia juga pernah membawa pengalaman pahit dan manis kepada cik Anis . masa itu .

lelaki kedua . awalnya kami hanya berkawan . lama lama persahabatan kami menjadi rapat . terlalu rapat . tak sangka perasaan tu mula bercambah . tapi , cik Anis tak pernah suarakan . biarlah cik Anis pendam sorang sorang .

lelaki ketiga . dia lah yang mengajar cik Anis perasaan sayang kepada lelaki lain selain abah . dia lah yang membawa perasaan itu dalam hati ini . cik Anis mengaku , cik Anis pernah sayang kan dia . dan .dia jugalah lelaki pertama yang membuatkan cik Anis menangis kerana perasaan . dialah orang nya . 



malam tu , hati ini sakit . sakit sangat . tak sangka hati manusia boleh literally sakit . tak sangka sesakit ni .

malam tu , hati ini meraung nama dia . nama dia yang tak pernah fikir perasaan cik Anis . air mata tak berhenti mengalir . sakit nya .

malam tu jugak , baru teingat pada -Nya . yang selama ni sentiasa ingat kepada hamba-Nya ini . mengadu padaNya di atas tikar sejadah . qiamullail . setelah lama melupakan-Nya .
malam tu , dengan tak malu . hati ini menjerit
"ya Allah , tolong lah"
"ya Allah , sakitnya"

malam tu . hati ni dibekukan . dikeraskan . berjanji dengan diri sendiri . tak mahu lagi percaya dengan mana mana lelaki . tak ingin lagi disakiti . tak ingin lagi menangis .

malam tu . diri berjanji . bersaksikan malam yang kelam . sekelam jiwaku . berjanji pada-Nya . ingin mencintai-Nya sepenuh hati .

semuanya tinggal kenangan kini . malam tu dah berlalu . dah 2 bulan lebih berlalu . alhamduliLah , hati ini kembali kuat . kembali ceria . sungguh , sakit itu tidak lama . namun , terkadang hati masih memikirkan dia . tapi , secepat mungkin otak melupakannya .

semoga diri ini tetap kuat . tak nak jumpa dah lelaki seperti itu .
memang , cik Anis gadis biasa yang tak pernah lari dari perasaan itu . tipulah kalau nak kata hati ni tak pernah terusik . dengan orang yang sentiasa mengambil berat . tapi , hati ini dah keras . dah beku . dah tak mampu lagi untuk sakit .

jangan pernah fikir diri kita bersendiri . sentiasa lah ingat yang Allah tahu yang terbaik untuk kita . mungkin dia bukan lelaki yang terbaik untuk hidup kita . mungkin Allah ada jodoh yang lebih baik untuk kita . segalanya mungkin . hanya perlu yakin . yakin dengan takdir-Nya



salam sayang
cik Anis

No comments: