Pages

diary seorang da'ie

diary seorang da'ie
terus berjuang

Tuesday, March 12, 2013

Jom Dhuha :)

Assalamualaikum and Hi .




Rasa kekurangan dalam hidup anda ? serba tak cukup walaupun duit berlambak ? masih mencari cari jalan penyelesaian nya ? cik Anis ada jawapannya . tak perlu keluarkan duit . hanya perlukan sedikit masa , fokus dan ikhlas .

SOLAT DHUHA !









Mungkin ramai yang pernah dengar tentang ibadat sunat ini . yang memberi kita seribu satu fadhilat . RasuluLlah sendiri menggalakkan ummatnya untuk menunaikan solat sunat dhuha .

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Solat sunat Dhuha didirikan antara waktu subuh dan zohor . selalunya dilakukan dalam pukul 10 pagi ke atas .

antara fadhilat ibadat ini adalah membuka pintu rezeki bagi hamba yang melakukannya . bagi yang rasa macam sempit je hidup tu , banyak kan lah menunaikan solat sunat dhuha . setengah orang duit cukup banyak , tapi masih terasa belum cukup . semua rasa serba kekurangan . mungkin kerana kurang bersyukur . solat sunat dhuha membuat hidup kita menjadi lengkap .

sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

banyak lagi fadhilat solat sunat dhuha , antaranya :

 Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

 Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)









banyak kan kelebihan nya ? apa tunggu lagi , jom kumpul pahala sama sama . ni lah masanya . selagi belum sibuk . istiqamah lah . kalau muda muda lagi dah biasakan , InsyaAllah , akan istiqamah sampai tua .

jom jom jom . kita pohon Allah permudah kan urusan seharian dan bukakan pintu rezeki . semoga Allah berkati .



salam dhuha
Cik Anis






No comments: